MACHANG – Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan terpaksa dipujuk selama 10 hingga 15 minit supaya turun dari bumbung rumah di Jalan Bahagia dekat sini semalam.
Gadis berusia 21 tahun itu, dikesan berada di atas bumbung rumahnya pada pukul 11 pagi oleh orang ramai yang terkejut melihat mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit selepas panggilan.
Menurut beliau, operasi yang diketuai oleh Che Zamri Che Ya bersama enam anggota dan satu jentera mengambil masa 44 minit untuk membawa turun gadis itu yang tidak bertindak agresif.
Sumber : KOSMO
Amz CamPro berkata :
Adakah kehidupan di negara ini semakin sesak dan tertekan.Kehidupan yang tiada keselesaan dan beban semakin menghantui kehidupan rakyat ini? Banyak isu cubaan bunuh diri semakin kedengaran di akhbar-akhbar tempatan dan yang terbaru di Machang.Ia melibatkan remaja yang baru mengenal erti kehidupan. Apa masalahnya? Dimana puncanya? Adakah punca masalah keluarga atau tekanan hidup dalam keluarag mendorong mereka berbuat demikian?
Atau adakah mereka ini jahil tentang disa yang mereka akan tanggung sehingga sanggup membelakangkan hal agama ini dan bertindak terburu-buru? Itulah penyakit masyarakat Melayu Islam kita sekarang.Dari mudah lupa diri,tidak bersyukur, sehingga nak membunuh diri. Nilai-nilai agama dan kesopanan semakin jauh bila aku tengok.Hmm...entahlah...harapkan semuanya sedar...
No comments:
Post a Comment