Wednesday, July 13, 2011

Video Gol & Full Time Result : Malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011

FULL TIME
MALAYSIA (0) VS (4) ARSENAL

Gol Arsenal dijaringkan oleh Aaron Ramsey "6,The Walcott 37",Carlos Vela 58",Thomas Rosocky 90"

Permainan pasukan Malaysia mengecewakan.Terlalu jelas Datuk K.Rajagobal hanya mahu menguji pemain-pemainnya dan kita ketinggalan 0-2 kerana permainan yag terlalu bersahaja menyukarkan kita buat gerakan menarik dan banyak melakukan kesilapan pada separuh masa pertama.Penalti pada minit ke-4 kerana Aidil Zafuan menjatuhkan pemain Arsenal titik permulaan bayangan kekalahan Malaysia.

Pada separuh masa kedua permainan lebih agresif dan lebih banyak pertukaran berlaku.Ketika ini Van Persie,Arshavin dan ramai lagi star masuk dan Malaysia juga buat banyak pertukaran.Walaubagaimanapun,aku secara keseluruhan agak kecewa dengan persembahan malam ini.Pertahanan kita amat rapuh dan mudah diperkotak-katikkan sehingga mereka mudah mendapat gol ketiga dan keempat.

Datuk K.Rajagobal perlu buat sesuatu.Pertahanan kita mula goyah dan cepat hilang posisi.Perlawanan dengan Singapura selepas ini boleh menjadi berita buruk jika kita tidak bertindak segera.At least pertahanan kita dan bermain baik sudah cukup tapi lain yang jadi malam ini.Perlawanan bertemu Liverpool selepas ini mungkin peluang terakhir memperbaiki kesilapan.








1 comment:

royzam blogger said...

biasa ler...memain jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...