Friday, July 15, 2011

PM,Tolonglah Kami Kakitangan Kerajaan Yang Daif Ini,Kami Nak Bonus...


KUANTAN 15 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini. – Bernama

Sumber : Utusan

Amz CamPro berkata :

Kesian aku tengok kakitangan kerajaan sekarang ni.Macam dah sampai macam minta sedekah dengan PM kita sejak Datuk Seri Najib jadi PM. Aku rasa dah sampai masanya PM kita bersuara dan bagilah sikit bonus kat dieorang ni.Tapi kadang-kadang bagus jugak tak bagi,kalau bagi bangkang kerajaan jugak,hahaha...kalau tak bagi lagi bangkang...mana satu ek? tapi tulah manusia,sangat memerlukan apa yang dia mahu,pa nak jadi jadilah...





1 comment:

Anonymous said...

Saya tak suka ceupacs minta sedekah bonus 2 bula gaji kepada kerajaan. sungguh kurang sopan. kalau kerajaan kasi bonus kepada kakitangannya maka bajet utk shopping kat luar negara akan susut dan habis.Kalau demikian Imelda Rose tak ada accessories baru untuk sambut raya nanti. Kahkahkah... ptui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...