KUALA LUMPUR 9 Julai – Kekecohan berlaku di pam minyak Shell di Puduraya apabila para penyokong perhimpunan haram Bersih bertindak merempuh tiga trak kecil polis sebelum menuju semula ke Bangunan Maybank.
Ini memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata bagi mengawal keadaan tersebut.
Sementara itu, di Kompleks Beli Belah Sogo, polis mengarahkan kompleks tersebut menghentikan operasi dan menutup premis mereka bermula pukul 2.15 petang.
Ekoran itu, orang ramai dilihat mula bersurai dari pekarangan kompleks tersebut sejurus sahaja mendapat arahan polis.

Keadaan yang tegang turut menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berlindung di dalam kompleks berkenaan. – Utusan
Polis, FRU terpaksa ambil tindakan
KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis bertindak menangkap beberapa perusuh selepas berlaku pergelutan di perhentian Puduraya berhadapan Dataran maybank di sini hari ini.
Sebelum itu, polis telah bertindak menyuraikan penunjuk perasaan yang merusuh dengan melepaskan gas pemedih mata dan menembak air menggunakan meriam air. – Utusan
KUALA LUMPUR 9 Julai - Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa mengambil tindakan dengan menembak air di depan Bangunan Maybank bagi mengawal keadaan para penunjuk perasaan di situ.Sebelum itu, polis telah bertindak menyuraikan penunjuk perasaan yang merusuh dengan melepaskan gas pemedih mata dan menembak air menggunakan meriam air. – Utusan
Kumpulan yang tadinya berhimpun bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing.
Sementara itu, di Jalan Pudu, polis bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong pertubuhan haram Bersih.
Kekecohan dan pergelutan antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa terus berlaku apabila polis mula melakukan tangkapan secara besar-besaran. – Utusan
Latest! Mereka ke Dataran Merdeka!
KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyokong-penyokong perhimpunan haram Bersih yang dihalang ke Stadium Merdeka kini bergabung dengan jumlah kira-kira 10,000 untuk bergerak ke Dataran Merdeka pula.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli mula memberi ceramah di Jalan Pudu selepas penyokong pertubuhan haram Bersih itu berpatah balik ke Jalan Pudu.
Beliau telah mengarahkan para penyokong agar memakai baju-T kuning Bersih. – Utusan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Pemimpin-pemimpin parti pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dipercayai berada di Hotel KL Hilton di sini dan merancang untuk mengadakan perarakan dari KL Sentral ke Istana Negara bersama penyokong mereka, pukul 2 petang ini.
Sementara itu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah Kotaraya dan berarak ke Stadium Merdeka.
Mereka dari arah Pasar Seni dan melalui Jalan Petaling. Keadaan masih terkawal.
Mereka kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan menuju ke Stadium Merdeka manakala satu lagi masih berkumpul di Kotaraya dan berarak di jalan raya sambil melaungkan "Barisan Nasional Berundur". – Utusan

No comments:
Post a Comment