Sunday, July 10, 2011

9 Julai : Sudan Selatan Merdeka dan Kita?


Satu negara baru terbentuk semalam dikala rakyat kita memberontak menuntut entah apa yang dituntut. Republik Sudan Selatan terbentuk sejak 2005 dimana ketika itu perjanjian damai telah termetarai dan semalam mereka secara rasmi menjadi sebuah negara merdeka. Beribu-ribu penduduk di selatan Sudan menari sepanjang malam bagi meraikan kemerdekaan wilayah tersebut yang muncul sebagai sebuah negara terbaru di dunia hari ini, yang turut menyaksikan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara.

Dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penduduk republik ini, pemimpin Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Sudan Selatan.

“Saya dengan ini bersumpah dengan nama Tuhan sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. Saya akan berpegang teguh dan menyatakan kesetiaan kepada negara ini,” katanya dalam satu upacara khas meraikan kemerdekaan negara ini daripada bahagian utara Sudan.

9 Julai akan dikenang sebagai hari bersejarah bagi negara Sudan Selatan dan mereka akan mengorak langkah menjadi negara yang membangun dan baik di mata dunia tetapi kita di sini seolah-olah tidak mensyukuri kenikmatan yang diperolehi dan seperti seolah-olah ingin kembali ke zaman kesusahan dahulu.Jadikan semangat Sudan Selatan itu sebagai penguat semangat pada kita dan sepatutnya kita malu,mereka gembiri merdeka tapi kita gembira memberontak.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...