Thursday, July 7, 2011

Foto : Skuad Bola Sepak Singapura Bukan Skuad Kebangsaan Sejati

Skuad yang akan ditentang Harimau Malaya.Banyak ayam import tua daa...

Berikut adalah sedikit petikan dalam akhbar yang berkaitan dengan pasukan Singapura yang akan ditentang pasukan Harimau Malaya 23 Julai 2011 ini :

"SINGAPURA mempertaruhkan lima pemain 'import' dalam misi mereka menyekat kemaraan Malaysia pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

Jurulatih, Radojko Avramovic menyenaraikan lima pemain 'import' dalam skuad kendaliannya itu yang terdiri daripada 25 pemain.
Antara import yang menjadi sandaran mereka ialah dua pemain dari China, Qiu Li dan Shi Jiayi serta Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) yang kesemuanya telah diberi kerakyatan Singapura."

Aku teringat satu cerita dan kenyatan seorang pensyarah aku berkaitan tentang pemberian taraf kerakyatan kepada seseorang bagi mewakili negara baru mereka. Beliau mengatakan itu adalah satu langkah bijak dalam strategi bagi menaikan sukan sesuatu negara dan bagi aku,aku tak setuju langsung kenyataan beliau. Itu adalah satu kenyataan yang kurang bijak. Kita sepatutnya lebih berbangga jika rakyat kita sendiri yang mewakili negara kita dari diberi kepada awang-awang import seolah-oleh dah macam tak cukup orang dah dalam negara kita tu.

Inilah yang sedang berlaku dalam pasukan bola sepak Singapura. Mereka seolah-oleh sudah ketandusan pemain dari kalangan rakyatnya sendiri sampai tak de orang nak bagi main bola. Huhuhu...Sekurang-kurangnya aku bangga dengan skuad negara kerana mereka masih muda dan merupakan rakyat jati negara ini. Keangkuhan jurulatih Singapura itu kadang-kadang menimbulkan dendam kesumat pada mereka.Rasa tak sabar pulak nak ajar mereka tentang permainan sebenar bola sepak.Cewah...bukan nak kerek cuma cara provokasi mereka memang menampakkan kita akan diberi tentangan ayam-ayam dari mereka.

Mereka terlalu bangga dengan reputasi bola sepak yang dipimpin oleh awang-awang import. Sepatutnya mereka malu,mereka bukan pemain sejati negara itu.hahaha...Ayuh buktikan Harimau Malaya,kata-kata azimat Tanah Tumpahnya Darahku bergema kencang di Singapura!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...