PENGURUS pasukan Arsenal, Arsene Wenger bersalaman dengan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal (kiri) pada sidang media di Hotel Saujana, Subang hari ini sempena Arsenal Jelajah Asia 2011. Turut kelihatan, pemain Arsenal, Robin Van Persie dan Bacary Sagna. - Foto Osman Adnan
LONDON: Pemain tengah Arsenal yang mahu berhijrah, Samir Nasri (gambar) disenaraikan dalam skuad 23 pemain kelab itu dalam jelajah ke Asia Tenggara dan Timur Jauh, semalam.
Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi subjek spekulasi musim panas ini mengaitkannya dengan penghijrahan daripada Stadium Emirates, dengan sama ada Manchester City atau United menjadi pilihan.
Di sebalik spekulasi itu, Nasri dinamakan dalam senarai skuad Arsene Wenger yang menuju ke Malaysia dan China semalam selepas bos Gunners itu menegaskan beliau akan melakukan sedaya mungkin untuk mengekalkan bekas pemain Marseille itu dan bintang tengah, Cesc Fabregas.
Seperti dijangka Fabregas, yang bergelut dengan masalah kecederaan hamstring, tidak disenaraikan.
“Liga Perdana Inggeris amat popular di Asia dan Arsenal adalah sebuah pasukan yang amat popular di Asia,” kata Wenger.
“Kebanyakan pemain tidak pernah bermain di sana jadi kami amat teruja mengenainya. Ia satu pengalaman bagus buat pasukan.
“Anda boleh jangkakan untuk melihat ramai penyokong Arsenal dan kami akan memberikan keseronokan buat mereka yang hadir dan menyaksikan kami bermain.” Pembelian penyerang Lille, Gervinho belum dilengkapkan dan dia tidak dapat menyertai skuad itu yang menyenaraikan pemain muda Ryo Miyaichi dari Jepun, Emmanuel Frimpong dan Carl Jenkinson. Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner tidak disenaraikan.
Arsenal menuju ke Malaysia untuk berdepan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini, sebelum pergi ke China untuk berdepan Hangzhou Greentown. - AFP
Sumber : Harian Metro

No comments:
Post a Comment