Tuesday, July 5, 2011

Harimau Malaya Lawan Arsenal dan Liverpool, Harimau Muda Lawan Chelsea

Untuk 3 perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab ternama BPL nanti, akan ada 2 skuad negara terlibat iaitu :
  • HARIMAU MALAYA (Datuk K. Rajagobal) akan menentang Arsenal (13 Julai) dan Liverpool (16 Julai)
  • HARIMAU MUDA (Ong Kim Swee) akan menentang Chelsea (21 Julai)

Untuk Skuad Harimau Malaya


Ini peluang terbaik untuk mereka menajamkan skill dan membentuk persefahaman yang lebih jitu sebelum bertemu Singapura di Stadium Nasional,Singapura pada 23 Julai 2011 untuk peringkat kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Aku rasa peluang bertemu kedua-dua pasukan BPL ini sekali seumur hidup dalam satu masa dan kebetulan selepas itu,mereka akan menjalankan tugasan penting pula untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam Piala Dunia 2014.

Buktikan mereka mampu menyaingi Arsenal dan Liverpool.Kalau menang dengan mereka,tidak mustahil semangat mereka akan lebih kuat dan kental menentang lawan yang juga musuh tradisi,Singapura pada 23 Julai sebelum membawa bekalan selesa ke Stadium Nasional semula.


Untuk Harimau Muda



Peluang bertemu Chelsea ini jangan di pandang enteng. Gunakan peluang ini untuk memperbaiki ketajaman serangan dan pertahanan sebelum meneruskan saingan peringkat kumpulan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012. Ong Kim Swee pasti menggunakan peluang ini kepada semua pemain. Buktikan mereka juga setanding dengan pasukan senior atau lebih baik.

Kalau mereka berjaya menyaingi Chelsea, membuktikan mereka anak muda yang bakal menggalas tugas negara yang lebih besar nanti.Kelemahan pasukan Harimau Muda ini kurang mendapat perlawanan kompetatif so perlawanan menentang Chelsea ini sepatutnya sebahagain daripada pengalaman berguna. Mereka juga akan berkelana ke Slovakia selama 2 minggu denga 10-12 perlawanan telah diatur selain 2 perlawanan dengan Olimpik Austria dan Republic Czech.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...