Monday, July 4, 2011

Parti Thaksin Kembali Berkuasa : Kerajaan Yang Tumbang Dengan Rampasan Kuasa, Kembali Dengan Pilihanraya


Parti pembangkang iaitu parti dibawah pemerintahan Thaksin sebelum ini akhirnya menang besar dalam pilihanraya umum semalam. Keputusan ini seperti sudah dijangka oleh kebanyakkan penganalisis politik dunia. Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.

Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.

Kemenangan Yingluck Shinawatra bakal membawa beliau menjadi Perdana Menteri Wanita pertama Thailand. Adik kepada Thaksin ini telah membuktikan, bahawa kerajaan sebelum ini yang lahir daripada rampasan kuasa akhirnya tumbang juga dengan kuasa di tangan rakyat dengan cara yang bersih iaitu pilihanraya. Ini sepatutnya menjadi ikhtibar, pemilihan pemimpin sepatutnya datang dari saluran yang betul melalui pilihanraya dan bukannya perarakan jalanan. Jangan contohi apa yang berlaku ketika zaman huru-hara Thailand sebelum pilihanraya ini.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...