Monday, July 18, 2011

Cilakak! Kes Samun Dekat Rumah Aku

KUANTAN — Seorang lelaki kerugian wang tunai RM3,000 serta jam tangan bernilai RM11,000 selepas disamun tiga lelaki bermotosikal di Lorong Alor Akar pada 1.30 pagi semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa, 34, ketika cuba membuka pintu pagar rumah.

"Ketika kejadian mangsa sampai di hadapan rumah dan keluar dari keretanya untuk membuka pintu pagar. Kemudian datang tiga lelaki yang menaiki motosikal dan telah menyamun mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata salah seorang daripada suspek telah memasuki kereta mangsa dan mengambil wang tunai RM3,000 yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi merampas jam tangan dan beg duit mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak dicederakan, dan dia membuat laporan polis pada 2.45 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. - Bernama





1 comment:

Eaddy said...

Ingat kat sg isap td..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...