Monday, July 4, 2011

Sedarlah Umat Nabi Muhammad SAW : Kenali Dulu Siapakah Dajal Kecil Negara Ambiga Ini

Anugerah pengiktirafan yang membawa kerosakkan di negara ini

Aku menyarankan dulu, kepada mereka yang berhati keras dan penuh dengan sifat pemberontakan,kembali ke jalanNYA,bukan ke jalan raya menurut kata hati Dajal Kecil Ambiga. KepadaNYA sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan dan dibukakan jalan yang benar, bukan ke arah merosakkan masyarakat sejagat. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Kenali dulu siapa Ambiga.

Terlalu banyak yang telah manusia ini lakukan.Mencalar maruah agama dan bangsa kita.Terlalu keras hatinya sehingga aku melabelkannya DAJAL KECIL negara kerana kita tahu,menjelang hari kiamat kelak, dajal-dajal inilah yang akan merosakkan dunia, menimbulkan fitnah dan memperdayakan umat Islam.

Aku ringkaskan apakah kerosakkan, penghinaan yang telah manusia ini lakukan di negara ini dan mencemarkan maruah agama dan bangsa kita :

  • Ketua Demonstrasi BERSIH 2.0
  • Pendokong Utama Pluralisme di Malaysia
  • Penerima Anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009 bersama Dr.Musdah dari Indonesia
  • Mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan kes Lina Joy
  • Bekas Presiden Bar Council (2007-2009)
  • Mengadakan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008
  • Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
  • Pernah menganjurkan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
  • Menerima memorendum menuntut pelaksanaan Interfaith Commision (IFC) pada 21 0GOS 2001
Jika benarpun mereka ingin membersihkan SPR yang dikatakan jahat kepada parti pembangkang ini,ada cara lain yang lebih munasabah. Lakukan forum,lakukan bengkel dan lakukan muzakarah untuk duduk berbincang bersama dalam memberi idea-idea menambah baik sistem pilihanraya negara ini. Bukan dengan cara merosakkan keamanan sedia ada. Tiada perhimpunan di dunia ini yang berakhir dengan ketenangan bila berdemonstrasi dijalan raya.

Isu IFC yang melihatkan betapa lemahnya agama dan bangsa kita

Masing-masing sudah mengikut kata hati,mengikut nafsu syaitan yang turut sama berdemonstrasi.Amarah akan menguasai diri dan kekecohan pasti berlaku. Sedihnya ia melibatkan bangsa kita sendiri, agama kita sendiri diperkudakan oleh orang yang terang-terangan menentangnya. Aku hanya mampu berdoa semoga semuanya kembali tenang dan tiada berlaku sebarang kekacauan yang bakal menggadai maruh agama,bangsa dan negara.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...