Thursday, June 30, 2011

Video Ditujukan Khas Untuk Kesedaran Tentang Kesan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 : AmzCamPro Version

Hayatilah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Nowseeheart ini. Lagu dan lirik adalah yang asal tetapi videonya telah diolah oleh AmzCamPro khas untuk mereka yang tidak pernah bersyukur dan tidak cintakan keamanan. Video ini aku hasilkan setelah perhimpuan BERSIH yang pertama dulu dan kita boleh lihat kesannya. Cukuplah kita diganggu oleh jenayah-jenayah penjenayah, janglah ditambah dengan politik dan nafsu yang membelakangkan kedamaian dan keamanan negara sedia ada, Hayati VC ini.




Diminta sebarkan semoga ia memberikan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya keamanan sesebuah negara dari dijaja dan diperbodohkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.





Isu Lynas : Agensi Antarabangsa Sahkan Projek Lynas Selamat


KUALA LUMPUR 30 Jun — Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, adalah selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu hari ini menyatakan bahawa ia tidak menemui satu keadaan mengenai “sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa” di dalam projek itu.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, rumusan IAEA itu adalah tekal dengan pandangan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi dengan standard keselamatan yang perlu.

Laporan itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia





Taiwan vs Malaysia 3 Julai 2011 : Keputusan Yang Boleh Dan Tidak Boleh Melayakkan Malaysia Ke Pusingan Kedua

Keputusan semalam sedikit mengecewakan segelintir penyokong Malaysia. Sepatutnya kita palin kurang boleh membawa bekalan 4 gol untuk ke Taiwan pada perlawanan kedua 3 Julai ini tetapi kita hanya mampu bawa 2 gol dan memberi kelebihan jaringan tempat lawan pada Taiwan 1 gol. Datuk K.Rajagobal perlu merencanakan keputusan yang lebih baik untuk perlawanan kedua ini untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan kedua.

Perlawanan.taktikal dan strategi perlu lebih jelas dan nyata. Mereka harus main lebih garang dan mengecap objektif yang perlu dicapai.Aku keluarkan beberapa keputusan yang perlu dicapai oleh pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan kedua ini :


TAIWAN (1) vs (2) MALAYSIA
Keputusan Pusingan Pertama
Pusingan Kedua 3 Julai 2011

Keputusan Yang Boleh Melayakkan Malaysia

• Menang perlawanan kedua tidak kira berapa jaringan
• Seri 1-1 : Boleh layak kerana menang agregat 3-2
• Kalah 1-2 : Boleh layak tapi kena skor dalam masa tambahan/menang penalti
• Kalah 2-3 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 2 gol
• Kalah 3-4 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 3 gol
• Kalah 4-5 : Boleh layak kerana gol tempat lawan memihak Malaysia 4 gol dan
• Kalah dengan nisbah jaringan 5-6. 6-7. 7-8 dan seterusnya


Keputusan Yang Tidak Boleh Melayakkan Malaysia

• Kalah dengan Malaysia tiada jaringan iaitu 0-3, 0-4 dan seterusnya
• Kalah 0-1 : Tak layak kerana gol tempat lawan memihak Taiwan 1 gol
• Kalah 0-2 : Tak layak kerana Taiwan menang agregat 3-2
• Kalah 1-2 : Tak layak jika tak skor masa tambahan dan kalah penalti

Kita tunggu dan lihat sahaja. Menurut undian di blog ini, 94% menjangkakan Malaysia menang dengan Taiwan selepas 2 perlawanan ini. Semoga menjadi kenyataan.




Dituduh Gigit Kemaluan Isteri : Apa Punya Kes Ni? Memalukan Kaum Jer

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu. Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Sumber : KOSMO

Amz CamPro berkata:

Menggigil lutut aku bila baca kesah ini. Benda dalam kain pun masuk mahkamah,pastu masuk dalam akhbar pulak. Buat malu kaum jer. patutnya setelah dulu elok-elok. Bukan main lagi hukumannye, 5 tahun penjara tu kalau sabit kesalahan. Yang si suaminya pun,pesal ganas sangat,kot yer pun mungkin si isteri ade sebab kukuhnya. Ishk...musykil gak aku, dalam marah-marah tu,bleh plak menggigit? hahaha...lu pikrlah sendiri jawapnye,hahaha





Hari-Hari Terakhir Khidmatnya Tanjung Pagar Railway Station


Hari-hari terakhir stesen keratapi Tanjung Pagar berkhidmat. Banyak memori yang ada pada stesen ini. Khidmat dan jasanya tetap dikenang. Keutuhanmu memberi jasa akhirnya kecundang dek kerana kemajuan pesat zaman ini. Ikuti sejarahnya :

Stesen Keretapi Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan jirannya Malaysia.

Apapun berkuatkuasa 1 Julai, 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan, dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).
Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan berkata, langkah mewartakan kedua-dua stesen itu sebagai tapak warisan adalah antara Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) yang dicapai pada 1990.

Beliau memberitahu Bernama Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.

Md Hussin berkata, persiapan bagi perkhidmatan KTMB berakhir di WTCP sedang berjalan lancar dan mengikut jadual.

Memandangkan kepada nilai sejarah kedua-dua stesen itu dan langkah untuk melindungi peninggalan fizikal warisan sejarah, kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk memulihara kedua-dua stesen itu.
Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai monumen negara, sementara Lembaga Pembangunan Bandar (URA) mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah Railway sebagai bangunan terpelihara.

Secebis Surat Memohon Cuti Untuk Renungan


Fahamilah,hayatilah surat ini. Mungkin benar surat ini mencapai objektifnya memohon cuti dan ia juga mampu untuk di adaptasikan menjadi sebuah filem. Tang 010 tu,sape tak faham,boleh tinggalkan komen...heheheh...

Sumber :bace-je-lah.blogspot.com





Wednesday, June 29, 2011

Gol-gol Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Gol Jaringan Safiq Rahim




Gol Jaringan Aidil Zafuan






Final Result : Malaysia vs Taiwan (Chinese Taipei) Pra-Kelayakan Piala Dunia 29 Jun 2011


Malam ini, akan berlangsung pula perlawanan bagi Skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K.Rajagobal untuk merebut slot ke Piala Dunia 2014. Malaysia akan menentang Taiwan dalam format timbal balik dan perlawanan malam ini perlu dimenangi dengan jumlah jaringan yang selesa bagi di bawa ke Taiwan untuk perlawanan kedua. Jika Malaysia mampu mengalahkan Taiwan, kita akan bertemu pula Singapura dan jika melepasi halangan Singapura, kita akan ke pusingan ketiga peringkat kumpulan Zon Asia.

Di katakan malam ini buat pertama kalinya setelah sekian lama, pihak RTM di TV1 akan membuat siaran langsung untuk perlawanan ini selain Astro Arena 801. Sekurang-kurangnya mereka ada pilihan dan aku di AmzCamPro ingin menambah pilihan lagi kepada yang tidak berkesempatan melihat melalui TV. Malam ini aku cuba siarkannya melalui Live Streaming Video.



Kembali semula ke amzcampro.blogspot.com. Aku cuba update link yang ada dan paling latest dan macam biasa, paling cepat pun setengah jam sebelum perlawanan.Bookmark page ini dengan tekan ctrl-d.Tunggu...


FINAL RESULT :
MALAYSIA (2) vs (1) TAIWAN
Safiq Rahim (28')
Aidil Zafuan (55')
Po Liang (77')


Live Broadcasting by Ustream

Berikut pula Live Streaming yang boleh menjadi pilihan :




Video Mokhtar Dahari ala-ala Maradona

Sempena game malam ini, kita tengok detik-detik jaringan Allahyarham Mokhtar Dahari yang hampir sama dengan Diego maradona di zaman kegemilangannya.


Video Maradona




Video Mokhtar Dahari

Align Center




Manchester United : Persamaan Van de Sar dan David De Gea

Kepada peminat MU,aku tak pasti korang suka atau tak dengan bakal pengganti penjaga gol mereka iaitu David De Gea ini. Aku minat tengok mamat ini sebab susuk tubuh dan gayanya tak ubah macam penjaga gol kesayangan MU sekarang iaitu Van Der Sar. Aku tak ulas banyak tentang mereka tetapi cukup sekadar gambar-gambar yang menunjukkan keserupaan mereka berdua berserta sedikit profile mereka. De Gea boleh jadi pengganti yang sesuai untuk Van der Sar pada pandangan aku. Umur pun muda lagi. Layankan profile dan gaya-gaya mereka yang hampir sama :


PROFILE




GAYA-GAYA MEREKA :

David De Gea

Van der Sar


David De Gea

Van der Sar

David De Gea

Van der Sar








Berikut pula petikan akhbar Utusan Malaysia mengenai perpindahan De Gea yang dijangkakan menjadi kenyataan dalam masa terdekat :

MADRID - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina yakin rakan senegaranya, David De Gea yang bakal disahkan sebagai pemain Manchester United dalam tempoh terdekat, mampu membuat impak segera dalam kancah Liga Perdana England.

Penjaga gol muda, De Gea semakin menghampiri perpindahan bernilai 18 juta pound (RM90 juta) ke Old Trafford dari Atletico Madrid, selepas dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Carrington, kelmarin.

Meskipun masih cetek pengalaman kerana beraksi pada tahap tertinggi kurang dari dua tahun, Reina menjangkakan De Gea akan menjadi bintang segera di England dan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Edwin Van der Sar.

"Saya sangat mengalu-alukan berita ini kerana David seorang penjaga gol yang hebat. Apabila secara rasmi dia mula beraksi dalam Liga Perdana, dia akan membuktikan betapa dia seorang yang memang bagus," ujar Reina.

Penghijrahan De Gea secara tidak langsung mengaitkan kemungkinan Reina kembali ke La Liga, menggantikan De Gea di Atletico, pasukan yang menyaksikan bapanya, Miguel menjadi legenda.

Sebelum ini, Miguel mendakwa Reina berhasrat menyarung jersi Atletico, namun bintang Liverpool itu menegaskan dia tidak merancang pulang ke Sepanyol buat masa ini. - Agensi

Sedikit Kisah Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW-27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh Malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya adalah seperti:

Tuesday, June 28, 2011

Video CCTV Ragut Depan Rumah Seperti Di TV3

KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang guru wanita mengalami kerugian kira-kira RM8,800 selepas dirompak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Amzil, Taman Melewar tengah hari ini.

Mangsa, Nazalina Nawawi, 36, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul itu juga nyaris maut ditetak oleh kumpulan perompak itu apabila mereka turut mengacukan parang ke arahnya.

Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik jirannya, yang menunjukkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal melakukan jenayah tersebut.

Menurut Nazalina, dia bergelut dengan seorang daripada penjenayah tersebut apabila lelaki itu merentap gelang tangannya sebelum menyelak tudungnya untuk menyamun rantai leher.

“Disebabkan saya tidak pakai rantai, perompak itu kemudian bertindak merampas beg tangan saya yang mengandungi wang tunai RM6,500 hasil perolehan perniagaan kedai buku milik suami dan sebuah telefon bimbit.

“Kumpulan lelaki itu juga memberi amaran supaya tidak menjerit, namun saya jerit dengan sekuat hati menyebabkan perompak itu marah lalu mengugut untuk menikam saya sebelum mengheret saya keluar kereta,” katanya.

Sementara itu, bapa mertua mangsa, Abu Bakar Ahmad, 67, bergegas keluar rumah setelah mendengar jeritan menantunya itu dan bertindak membaling batu ke arah perompak tersebut.

“Saya yang terkejut melihat pergelutan tersebut cuba membaling batu ke arah perompak itu tetapi saya diugut bunuh sekiranya saya bertindak merapati mereka. Mereka kemudian terus melarikan diri,” jelasnya.

Antara barangan yang turut diambil ialah kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan kunci kereta.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Sumber : Utusan Malaysia








GEMPAR! Jurutera Syarikat Kontroversi Lynas Ditemui Mati Di Bilik Hotel!

KUANTAN 28 Jun - Seorang jurutera kilang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Teluk Chempedak di sini, semalam.

Mangsa, Gray Steven Anthony, 54, yang bertugas di kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Gebeng dekat sini, ditemui terbaring di atas katil bilik hotel tersebut oleh rakan sekerjanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah ke atas mangsa. -

Sumber : Utusan Malaysia


Amz CamPro berkata :


Berita ini betul-betul mengejutkan tatkala isu Lynas ini cukup heboh diperkatakan kerana radioaktifnya. Tak tahulah ia akan diklasifikasikan sebagai kes apa nanti tapi siasatan awal tiada unsur-unsur jenayah didapati.







Kereta Dahulu Kala, Kembali Menjengah Dunia

Mini Cooper Contryman
Debuted : 1961 Returned : 2011
Price : $21,650 - $26,950


Mercedes Benz SLS AMG
Debuted : 1954 (as the 300 SL) Returned : 2011
Price :$183,000


Volkswagen Beetle
Debuted : 1938 Returned : 1998
Price :$19,500


Fiat 500
Debuted : 1957 Returned : 2012
Price :$16,000


Chevrolet Camaro
Debuted : 1967 Returned : 2010
Price :$23,000 - $32,000


Buick Regal
Debuted : 1973 Returned : 2011
Price :$27,000


Ford Explorer
Debuted :1990 Returned : 2011
Price :$28,360


Ford Taurus
Debuted :1986 Returned : 2010
Price :$26,000 - $38,500






Betulkah Kos Lawatan PM & TPM Serta Isteri Masing-masing Sebegini Rupa?


Aku tak pasti betul atau tidak fakta ini kerana ia masih lagi tidak jelas dan boleh dimanipulasikan.Memang agak melampau jika kita lihat kos ini kerana dipihak rakyat, kita diminta berhemah dalam pelbagai aspek, dari aspek makanan, kehidupan dan kehendak hidup tetapi jika ini berlaku pada pemimpin yang tidak melihatkan tauladan,ia sediki sebanyak boleh mengecewakan hati ramai rakyat yang berkesempitan untuk hidup di bumi bertuah ini.

Walaubagaimanapun, ia sepatutnya dijelaskan oleh pihak kerajaan,bagaimana kos ini diperolehi. Aku cuba bagi pandangan yang jelas supaya ia tidak mengelirukan kita :

  • Kos ini merangkumi apa? Adakah kos mereka berdua atau melibatkan keseluruhan deligasi lawatan yang terdiri daripada menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang terlibat?Kalau macam itu, ia biasa bagi kos deligasi.
  • Adakah kos ini mengikut dan melibatkan bajet yang dipersetujui dalam parlimen kerajaan? Maksud aku, dengan bajet sedemikian rupa, apakah faedah dan pelaburan yang boleh diperolehi? Erti kata lain, berbaloikah kos itu. Jika perlaburan berbilion ringgit yang berjaya dimasukkan ke bumi Malaysia, ia boleh diangap berbaloi dengan tugas sebagai seorang marketing negara.
  • Adakah kos yang diberikan ini melibatkan perbelanjaan peribadi sendiri PM, TPM dan keluarganya? Itu dia punya hal lah kan.Jangan masuk dalam kos dikeluarkan kerajaan,betul tak?

Kerajaan perlu jelaskan perkara ini lebih detail dan jelas. kalau betul ia melibatkan perbelanjaan tidak berhemah, ia perlu di ubah dan mengaku kesalahan. Rakyat akan menilai dengan mudah tanpa berfikir panjang. Buatlah sesuatu.





Video Objek Bercahaya Ganjil di Langit London Jun 2011

LONDON - Satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang penduduk menunjukkan beberapa cahaya ganjil berbentuk bulat bergerak dengan laju di langit bandar raya London.

Imej itu menunjukkan cahaya tersebut bergerak di atas bangunan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di London Barat.

Rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube yang menunjukkan seorang lelaki sedang merakamkan cahaya ganjil tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Dalam rakaman itu terdapat lima cahaya ganjil yang kecil bergerak dengan laju yang dilihat oleh beberapa orang di tepi bangunan di bandar raya ini.

Rakaman tersebut juga menunjukkan satu cahaya yang tidak dikenali berbentuk sfera yang lebih besar bergerak dengan perlahan dekat dengan lima cahaya kecil itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, rakaman itu hanya dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat lalu.

Berdasarkan tarikh yang dimuat naik di YouTube, kejadian tersebut mungkin berlaku pada 3 Jun, 10 Jun atau 17 Jun lalu kerana masa lebih seminggu diperlukan oleh laman itu untuk melakukan proses penyiaran selepas rakaman video tersebut dihantar. -Agensi

Sumber : KOSMO

Berikut adalah video yang dikatakan :







Monday, June 27, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 Sampai Ke Kemuncaknya!

Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut. Peringkat akhir akan berlangsung pada :

  • Tarikh : 1 Julai 2011
  • Hari : Jumaat
  • Jam : 9.00 malam
  • Tempat : Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Siaran : LIVE Astro Oasis

Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.






Alien@UFO Mendarat Di Malaysia?

Aku tak pasti perkara ini betul atau tidak. Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan banyak bencana alam dan mungkin ini kesan daripada perancangan 'mereka' untuk mendarat di bumi dan Malaysia menjadi pilihan 'mereka'! Kita hanya sempat atau mampu lihat dari jauh kewujudan UFO ini sama ada di Malaysia atau di mana-mana seluruh dunia tapi satu penemuan video ini cukup memeranjatkan dan telah tersebar lama rupanya. Satu rakaman live video diperolehi. Saksikan...





heheh...saje gurau sebelum tido...hehe...gud nite bloggers! assalamualaikum dan salam sejahtera...





Tahukah Anda? Hanya 2 Sahaja Stadium Di Malaysia Yang Mematuhi Piawaian FIFA

SEMUA stadium bola sepak di negara ini kecuali...........masih belum sesuai digunakan sebagai venue perlawanan pada peringkat antarabangsa.

Ini kerana ia tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Kecuali dua stadium itu, yang lain masih tidak menepati piawaian FIFA dan AFC untuk diadakan perlawanan pada peringkat antarabangsa dan disebabkan itu, FAM merasakan perlunya persatuan negeri dengan kerjasama kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium yang ada" KATA SETIAUSAHA AGUNG FAM

Bila baca artikel di atas, rasa nak gelak pun ada. Melabur berjuta-juta ringgit, last-last hanya 2 stadium sahaja yang mematuhi piawaian FIFA untuk perlawanan peringkat antarabangsa. Nak tau stadium apa tak? Tengok bawah :


Stadium Nasional Bukit Jalil. Berkapasiti 100,000 orang dalam satu masa. Mula digunakan pada tahun 1998 untuk Sukan Komanwel. Maksudnya dah 13 tahun stadium ini berdiri megah untuk perlawanan antarabangsa.



Stadium Shah Alam. Berkapasiti 70,000 orang dalam satu masa. Mula dibina dan digunakan pada tahun 1994. Ini bermakna, sudah 17 tahun stadium ini berjasa.

Mana stadium yang lain? Aku rasa terlalu banyak stadium baru dibina tapi takkan satu pun tidak melepasi taraf piawaian FIFA? Sebagai contoh aku senaraikan stadium yang sepatutnya turut mendapat pengiktirafan sebab ia sama taraf dengan pembinaan stadium baru iaitu :

  • Stadium Negeri di Pulau Pinang
  • Stadium Hang Jebat di Melaka
  • Stadium Sarawak di Petrajaya
  • Stadium MPPJ di Petaling Jaya
  • Stadium KLFA di Kuala Lumpur.
Adoyai, kita berbelanja berjuta-juta tapi tidak melepasi tahap piawaian FIFA rupanya. Kita patut malu. Aku rasa stadium ini semuanya sepatutnya tiada masalah dalam melepasi taraf FIFA jika syarat-syarat piawaian kita patuhi. Mungkin kejadian runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Terengganu menjawab segala-galanya?



Aku tak dapat nak bagi jawapan,kita kena tanya pihak FIFA dan siasat di mana silapnya. FAM sepatutnya pakar dan tahu perkara ini dan memberi nasihat sebelum ia digunakan agar bertaraf FIFA. Aku rasa,tak perlu stadium yang besar-besar,cukup sekadar kemudahan yang ada bertaraf duni seperti bilip persalinan, sistem elektronik, bilik pusat media dan yang paling penting adalah kualiti padangnya. Kualiti padang termasuk rumputnya, sistem salirannya dan keselamatannya. Besar tapi tidak berkualiti, ianya menjadi sia-sia. Isu padang memang tak pernah selesai, tak kan duit buat padang pun nak 'makan'? Jadi lembu lah kalau macam tu.








Siapakah Abdallah bin Said al-Bishi dan Pedangnya?

Abdallah bin Said al-Bishi dan pedangnya 'Sultan'

Inilah dia seorang yang ditugaskan mencabut nyawa bagi pesalah yang akan di hukum bunuh di Arab Saudi. Hukuman pancung ini di adakan di kota Mekah yang mengamalkan Hukum Hudud.
Dengan pedang bernama “Sultan” warisan ayahnya, dia mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang. Pedang Sultan berbentuk melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. “Tiap orang sedikit gugup saat memulai pekerjaan barunya dan takut gagal,” kata Abdallah. Hingga kini, ia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.

Beliau adalah orang yang memancung kepala amah Indonesia yang didapati salah membunuh tuan rumahnya yang menjadi kontroversi antara Indonesia dan Arab Saudi. Sesuai dengan syariat Islam, Arab Saudi menerapkan hukum pancung terhadap pesalah yang didapati salah membunuh. Hukuman ini akan terbatal jika keluarga korban memaafkan dan pelaku diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan oleh keluarga yang dibunuh.

Aku difahamkan juga, masih ramai pesalah Indonesia sedang menanti hukuman di pancung dan salah seorangnya telah diselamatkan oleh kerajaan Indonesia dengan bayaran pampasan cecah juta ringgit. Wanita yang mahu dihukum ini membunuh majikannya juga kerana ia mahu merogolnya. Alasannya, ingin menyelamatkan diri. Aku percaya sebab orang-orang arab ini terkenal dengan keganasannya dan kerakusannya dan ia tak mustahil berlaku.

Hukuman yang dijalankan secara terbuka ini memang sepatutnya memberi pengajaran kepada kita. Hukum hudud,hukum Allah yang sebaik-baik undang-undang. Keinsafan dari hukuman ini akan memberi pengajaran mendalam pada kita semua.





Alahai ASTRO : Tokey Besar dan Harga Baru Pakej ASTRO

Mangkuk kuali idaman ramai tapi cukup memeritkan

Bukan sahaja kita yang duk berdebat, mengomel dan membicarakan hal ASTRO nak naikkan harga, malah di PARLIMEN pun wakil-wakil rakyat duk berdebat hal ASTRO ini. Salah satu perkara yang aku tertarik pada perdebatan di parlimen baru-baru ini adalah kenapa tokei besar ASTRO ini ibarat diktator dalam menentukan harga ikut suka? Sebab si ASTRO ini tiada persaingan atau lebih dikenali sebagai syarikat yang MEMONOPOLI industri itu. Di sini aku nak kongsi dua benda pada kalian semua iaitu :

  • Siapa itu tokey besar ASTRO?
  • Berapa rate baru pakej ASTRO?

Aku akan ulas persoalan diatas dengan ringkas dan padat dan anda boleh buat persepsi sendiri mengapa dan kenapa ASTRO ini tak peduli kesusahan atau kepentingan pengguna tentang harga baru ini.


Siapa Tokey Besar ASTRO?


Profile ringkas tuan empunya ASTRO

Inilah tokey besar ASTRO. Bukan itu sahaja beliau merupakan tokey besar MAXIS dan BUMI ARMADA. Boleh bayangkan kekayaannya dengan profile diatas. Dah kayakan,tapi harga tetapi naik,sebab? Tengok rangking tahun 2010 dan 2011 yang baru,nampak penurunan? Maka harga kena naiklah.Mudah cerita.Kerajaan pun takleh buat apa-apa dengan orang terkaya Malaysia ini.


Berapa rate baru pakej ASTRO

Seterusnya kita tengok plak rate baru pakej ASTRO ni. Aku amik dalam website die,kalau tak nampak,korang search dalam website die tapi aku rase nampak dengan gambar yang aku masuk kan ni. Layan rate dibawah dengan penuh ketenangan :



Kita nak boikot tak? Setakat ini aku mampu boikot MAXIS dan anak-anaknya tapi untuk ASTRO aku tak tahu macam mana. Hanya satu jer cara, kerajaan mewujudkan stesen ala-ala ASTRO sendiri bagi memberi saingan kepada ASTRO. Kalau tak mereka akan tetap naik sampai bile-bile. Yang paling sakit untuk peminat sukan lah, pakej tang ini yang naik melambung,nampak gayanya tengok kat kedai mamak lagi berbaloi, tapi keluarga di rumah ape cerita? hmmm...tepuk dada tanya selera...

  • Kesah lain ASTRO : Cuba tiru stesen jiran kita Singapura (klik sini)





Imej Bandar Di Kaki Langit?

Salah satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi awal bulan ini


Imej bandar di kaki langit ini kecoh diperkatakan di wilayah Huanshan, China sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini. Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. Agensi






Wardina TV3 Sokong Perhimpuan BERSIH 2.0?


Aku tak tahulah betul ke tak.Sedang aku membelek-belek blog-blog aku terperasan satu artikel yang berkaitan wanita dah ayu di TV3 Pn Wardina duduk semeja minum-minum dengan Azmin Ali (bukan Azwan Ali). Sebelum minum katanya, dia ada bagi ceramah dulu pada perhimpunan pra-BERSIH. Tak pastilah dia betul-betul ceramah untuk promote BERSIH 2.0. Mungkin dia promote produk yang menjadi duta darinya sebab setahu aku dia banyak jadi duta produk kan? Tapi kalau betul promote BERSIH 2.0,aku sikit kecewa lah.Hmmm...korang layan blog pro-kerajaan di bawah untuk cerita lebih lanjut. Aku tak tau nak komen apa...heheh





Sunday, June 26, 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia 2011



Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan keempat Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade 21-11, 21-7 di Istora Senayan Jakarta petang tadi. Lee Chong Wei mengambil masa hanya lebih kurang 35 minit untuk menewaskan lawannya. Memang pemain Denmark ini bukan lawan yang setanding dengan Lee Chong Wei.TAHNIAH dar Amz Campro...







Komen Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Tentang Lawak Sepah Maharaja Lawak

Isu ini macam kes filem KL Gangster pulak aku tengok tapi yang ini lebih cool sikit. Aku dah agak, akan timbul isu tidak puas hati masyarakat tentang lawak Sepah mengenai gurauan rancangan Semanis Kurma yang di adaptasi menjadi Manisnya Kurma Ini versi Sepah pada Minggu ke 12 hingga ke final. Ramai orang mempertikaikan lawak yang dibuat seolah-olah menghina Agama kerana rancangan Semanis Kurma berintipatikan keIslaman.

Cuba kita tengok dulu apa dialog yang kumpulan Sepah gunakan semasa persembahan. Bagi aku,dalam dialognya langsung tidak menghina isu Agama tetapi memberi nasihat dari aspek karekter Sepah sendiri. Lawaknya adalah mereka menggunakan elemen siri rancangan Semanis Kurma sebagai strory boardnya. Jika kita berfikir secara positif, dari orang tak kenal siri Semanis Kurma, orang akan sentiasa mengikuti siri ini kelak kerana pengisian siri ini yang memang sangat baik.

Apa komen ustazah sendiri tentang isu ini? Kita takut kita sahaja yang lebih-lebih mengutuk dan mencaci sedangkan tuan empunya diri menerima dengan perasaan terbuka dan berfikir secara positif. Berikut komen ustazah mengenai perkara ini di Facebook nya :



Aku respek pada ustazah dan suaminya. Semoga kita dapat menerimanya juga dan aku percaya, Sepah juga tidak berniat nak mengecilkan hati sesiapa dan aku percaya, mereka tak akan sampai nak buat press conference macam apa yang berlaku dari filem KL Gangster. Mari support siri Semanis Kurma!


LinkSumber Gambar : Relekslah.com





Kerana BERSIH 2.0, Yang Dipertuan Agong Tidak Dapat Turun ke UTHM Pada 9 Julai 2011 Ini?

Justify Full

Kita semua sudah maklum, pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di KL bagi 'memperjuangkan' isi hati mereka yang tak pernah puas dan bersyukur. Bukan itu yang aku nak bincangkan tetapi dalam tarikh dam masa yang sama, satu majlis besar yang akan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan berlangsung iaitu Majlis Pertauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Kali ke-30 (klik sini).




Majlis Penganugerahan ini lebih baik dari perhimpunan BERSIH 2.0. Dua yang majlis berbeza fahaman dan objektif. Satu majlis yang mahu keadilan tapi dengan cara memporak perandakan suasana sekitar seolah-olah menjadi pengganas di negara sendiri dan satu majlis lagi ingin menganugerahkan pembela bangsa dan negara kepada anak muda supaya sayangkan negaranya.

Aku terdengar perkhabaran, betul atau tidak tak tahulah tapi berkemungkinan, Yang Dipertuan Agong tidak akan mencemar duli untuk menyampai dan merasmikan majlis penganugerahan ini dek kerana perhimpunan BERSIH 2.0 yang mungkin mengancam keselamatan negara secara umumnya. kalau betul perkara ini berlaku,aku kecewa.Majlis seperti ini sangat ditunggu-tunggu masyarakat Parit Raja umumnya dan UTHM khasnya.

Kenapa jadi begitu? Ia melibatkan protokol dan keselamatan negara kerana kuasa pemerintahan mungkin akan bertumpu ke Parit Raja,Johor dan dalam masa yang sama,perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung di KL dirisaukan akan menjadi teruk ala-ala di Timur Tengah jika kerajaan tidak mengambil langkah sewajarnya. Bendunglah perhimpunan ini dari terjadi. Tolonglah kami yang sayangkan kedamaian dari cara pemberontakan seperti ini.

Ya Allah, lindungi negaraku ini dari mara bahaya. Pemimpin sedia ada kena bertindak terhadap penganjur perhimpuan BERSIH 2.0 ini.





Saturday, June 25, 2011

Malaysia Pasukan 12 Terbaik Asia Untuk Ke Sukan Olimpik 2012


Tahniahsekali lagi kepada skuad olimpik Malaysia pimpinan Ong Kim Swee kerana berjaya mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan sekaligus menjadi pasukan terbaik dan wakil tunggal Asia Tenggara serta tergolong 12 pasukan terbaik Asia bersama Jepun, Korea Selatan, UAE, Syria, Oman, Australia, Iraq, Arab Saudi, Uzbekistan,Qatar dan Bahrain.

Kita akan bersaing dalam peringkat kumpulan di mana 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan ( 3 pasukan teratas) akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London. Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri sekali lagi sebelum bertemu pula dengan lawan dari Zon Afrika untuk merebut satu slot playoff.

Pada 7 Julai ini di AFC, Kuala Lumpur,undian kumpulan dan sekaligus mengetahui siapa lawan kita kelak akan terjawab. Dalam temph yang ada, skuad ini perlu memantapkan lagi apa kekurangan yang ada bagi mengembalikan zaman kegemilangan yang terlalu lama ingin dikecapi rakyat Malaysia.





Bang , jom g jalan jalan


Salam 1Malaysia...Jom gi jalan-jalan bersama Ben Ashaari. Kemana? KLIK DISINI





KL Gangster : Video Musyawarah PEKIDA dan SKOP PRODUCTION



Anda renung-renungkan video diatas. Anda sendiri yang akan menentukannya.





Hutan Hujan Amazon : Orang Asli Yang Tidak Pernah Jumpa Manusia Moden Di Temui

BEBERAPA penduduk orang asli yang tidak pernah menemui manusia moden ditemui dirakamkan dari sebuah pesawat udara di hutan hujan Amazon, Brazil pada April lalu.

BRASILIA - Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.

Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru.

Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.

Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain.

Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.

"Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.

Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia.

Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia. - Agensi

Sumber : KOSMO







Video Sepah Akhir : Maharaja Lawak 2011 : Sepah Juara!


Sepah di nobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak 2011 dengan menggondol hadiah paling lumayan malam ini iaitu RM350,000. Berita kemenangan mereka cepat tersebar. Sambungan kesah Manisnya Kurma Ini memikat hati seluruh pengundi. TAHNIAH Sepah!









Friday, June 24, 2011

Ada 3 Lagi Perhimpunan Besar Selain Perhimpunan BERSIH 2.0 Julai 2011 Ini

Muka Melayu-Islam Kita Juga Yang Meramaikan Majlis Ini...Hmmm

Kita selalu dengar pasal Perhimpuan BERSIH 2.0 yang akan diadakan di sekita Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 ini. Aku tak pasti bila waktunya tapi apa-apa pun aku memang tak amibil port pun pasal perhimpuan yang bangang macam ini. Secara peribadi aku, aku tak setuju budaya perhimpunan dan perarakan ala-ala samseng dan ala-ala masyarakat timur tengah ini. Tak kira siapa yang buat, bagi aku semuanya nampak bangang dan menyusahkan.

So kepada sesiapa yang berminat nak join perhimpunan BERSIH 2.0 tu dipersilakan kalau dah takde kerja sangat tapi dalam diri sila renung-renungkan adakah kita ini pencacai kepada sesiapa? Kalau rasa takde, korang pergilah. Pergilah berjihad demi 'mereka' yang sayangkan negara ini dengan cara yang 'mereka' rasa terbaik bagi 'mereka'. Dalam keriuhan itu, ada 3 lagi perhimpunan besar yang aku rasakan lagi besar dari BERSIH 2.0 ini. Dunia akan turut memerhatikan kita. Berikut aku bagi tarikh perhimpunan-perhimpunan ini berlangsung :


13 Julai 2011 : MALAYSIA vs ARSENAL (Stadium Nasional, Bukit Jalil)


16 Julai 2011 : MALAYSIA vs LIVERPOOL (Stadium Nasional,Bukit Jalil)


21 Julai 2011 : MALAYSIA vs CHELSEA (Stadium Nasional, Bukit Jalil)








BEN ASHAARI BLOG : BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?

BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?

Hahaha...aku menyahut seruan bro Ben Ashaari kita. Topik ini memang kena sangat kat aku.Aku dengar topik ini, rase nak berkongsi jugak dengan korang. oklah,cerita aku ini sbenarnya bermula dengan bentuk aku kategorikan SEBELUM dan SELEPAS. Sebelum maksudnya, aku dah mula berblog sejak 2008 dan sejak sebulan ini aku mula balik berblog tapi dengan wajah baru.

Kesah SEBELUM :

Kesah sebelum ini aku mula berjinak tahun 2008 tanpa pengetahuan isteri aku, huhuhu...mula kenal dari kawan aku dan sikit demi sikit aku mula pandai menggodeh dan belajar dari blog orang lain. Masa itu aku banyak berblog di ofis kerana di rumah,aku memang agak sibuk dengan keluarga.Yerlah, isteri aku pulak dah mula mengandung dengan zuriat pertama aku,heheh...mood isteri kena jaga,hati isteri kena jaga bila mengandung ni,tul tak? kadang-kadang curik-curik jugak berblog takut kena tegur,dah kena tegur dah tentu si isteri akan kecik hati so aku cuba elakkan itu berlaku. Isteriku memang tidak menyaport secara direct dengan penglibatan aku ini.

So aku tetap teruskan hobi berblog ini kerana ia dapat melepaskan apa pandangan yang aku rasa dengan orang lain. Biasanya,aku berblog bila isteri dah tidur,hehehe...Agak terbatas jugaklah penglibatan aku waktu dulu...sampai satu tahap,aku mula kurang berblog dan tak berapa nak mengemaskini front page blog aku. Sampai satu tahap,ia berhenti agak lama. Mula-mula 1 bulan. Pastu 3 bulan dan seterusnya sampai hampir setahun.Kalau ada pun just pemanas badan.Sekali-sekala jer masuk.Mood mula menjunam.Mungkin sebab lonely tiada geng berblog.Aku redah apa nak jadi dengan blog aku ni.

Kesah SELEPAS :

Kisah ini berlaku 2 bualn sebelum aku taip entri ini. Isteriku sudah mula membaca blog-blog yang menjadi rujukan utamanya. Dalam diam rupanya dia meminati dalam pembacaan blog. Macam-macam dicerikannya pada aku.Banyak maklumat diperolehi dari blog sampai aku turut same berblog walking dalam tak sedar.Hujung-hujung,isteriku sendiri menyatakan supportnya dia pada blog aku yang dah aku tinggal lama.Siap dia bagi tips dan nasihat lagi untuk mengimarahkan blog ini.Wah...semangat aku naik balik.Aku lupa aku ada blog sebelum ini...heheh...dipendekkan cerita,aku mula kembali berblog tapi dengan nada lebih berhemah dan matang dari sebelum ini. Wajah AmzCampro aku mula ubah.Berblog walking aku buat setakat yang mampu.Idea-idea dari rakan blog kembali aku kongsikan.Sampai satu tahap,isteriku sendiri memberi idea tajuk-tajuk yang bernas untuk tatapan umum dikongsikan pada kalian.

Aku banyak menghabiskan masa berblog waktu rehat berkerja jugak (tengok keadaan)hehe..tapi kalau time rehat atau tiada kelas yang menjadi tugas hakiki aku. Di rumah, aku akan spent masa berblog bila tugas aku sebagai suami dan ayah kepada anak sulungku selesai.Aku akan pastikan semuanya selesai.Tolong isteri basuh baju (pakai mesin jer)hehe..jaga anak aku bila diperlukan,lepak-lepak,jalan-jalan dan beristirehat bersama.Bila aku dah selesai dan stabil tentang itu,Baru laptop aku buka,dan entri di masukkan. Isteri aku support penuh maka aku gunakan ia sebaik-baiknya tanpa mengganggu tugas hakiki sebagai seorang ayah dan suami.

Maka,kesimpulannya,jangan abaikan tugas hakiki kita.Sama-sama menjaga hati sesama kita.InsyaAllah kita akan dapat sokongan yang baik dari si isteri. I Love u So much! MMuaaah!





Thursday, June 23, 2011

Video Gol & Final Result : TAHNIAH! Malaysia Layak Ke Pusingan Peringkat Kumpulan!

MALAYSIA (2) vs (1) LUBNAN

Malaysia layak ke pusingan perimgkat kumpulan sebelum 2 pasukan terbaik peringkat kumpulan layak ke Sukan Olimpik 2012. Memang mendebarkan perlawanan malam ini. Malaysia mendahului 2-0 dengan jaringan cantik oleh Irfan Fazail min ke-8 dan Wan Zack Haikal min ke-41. Pasukan Malaysia terpaksa bermain 10 orang sepanjang hampir 40 minit selepas Gary di buang padang kerana mengutip 2 kad kuning.

Malaysia hilang permainan selepas bermain 10 orang dan ini cukup memberi pengajaran pada mereka. Izzaq,anda terlalu lembik walaupun besar badannya setinggi 6 kaki. Ong Kim Swee perlu lebih berusaha mencari kelemahan yang masih lagi ketara. Walaubagaimanapun,tahniah dari aku.

Berikut gol-gol yang di hasilkan Malaysia :

GOL IRFAN FAZAIL






GOL WAN ZACK HAIKAL







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...