Tuesday, June 14, 2011

Untuk Renungan-Kisah Tabung Masjid


Hari yang biasa bagi kaum Adam untuk pergi ke masjid. Hari Jumaat,penghulu segala hari ini sentiasa dinanti-nantikan setiap orang yang beriman kerana keberkatannya. Dalam lingkungan jam 1:00 petang, aku sudah bersiap-siap untuk ke masjid,lebih afdal jika kita terus mengambil wuduk dan berjalan kaki ke masjid kerana setiap langkah itu adalah pahala. Itu kata ustaz aku dulu-dulu masa zaman sekolah.

Tajuk khutbah hari ini sangat menarik. Sedekah dan amal jariah. Tajuk yang sinonim dibincangkan dan selalu kita dengar.Bukan susah untuk menjalankan ibadah sedekah dan amal jariah ini,Senyum sesama insan pun sudah dikira sedekah tapi mestilah atas niat yang betul. Mata mula berat. Biasalah,ketika ini syaitan mua bertenggek di mata menandakan masa untuk tidur dan bukannya mendengar khutbah yang sebahagian daripada fardhu Jumaat. Fuhh...terkebil-kebil melawan nafsu mata ni hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tertunggu-tunggu juga aku,mana tabung masjid ni? Selalunya waktu ini dah lalu dah depan mata? Maklumlah,tabung masjid jenis beroda,cukup mudah untuk di tolak-tolak dan di tarik-tarik antara jemaah yang setia menunggu. Akhirnya dari jauh aku sudah mula nampak,pergerakan tabung itu oleh kerana aku duduk di saf tengah. Untuk melayan mata dari terlelap ini,aku tunggu ketibaan tabung itu. Biasalah,bila yang tidak 'berkesempatan' menghulurkan derma atau sudah menderma tatkala mula masuk masjid,tabung terus ditolak ke jemaah bersebelahan.

Apabila tabung sudah berada pada jemaah bersebelahan aku,aku lihat ia berhenti seketika yang agak lama dari biasa. Mungkin ingin mengeluarkan duit dari poket kain pelikatnya kot? Bisik dalam hatiku,Kalau cakap kuat-kuat kang hilang pula pahala Jumaat! Tapi nampak ganjil pula perilakunya. Duit tidak dimasukkan tapi hanya tersenyum dengan seikhlas yang boleh sambil memerhatikan tabung itu. Firasatku mengatakan,mungkin dia tertinggal duit kot,maka dia hanya mampu tersenyum sinis sebab terlupa bawa duit.Tabung kemudian terus ditolak pada aku.

Bila tiba giliran aku,terus duit seberapa ikhlas yang aku ada aku sedekahkan dan terus ditolak ke jemaah bersebelahan aku. Tapi entah macam mana,dalam hati aku membuak-buak nak tahu kenapa pemuda disebelah aku ni bertingkah-laku sedemikian? Alamak,tak kusyuk pula aku dengan khutbah buat seketika. Aku nekad,lepas solat nanti aku akan terus tanya dia. Di pendekkan cerita, solat Jumaat berjalan dengan lancar seperti Jumaat-jumaat yang lain. Lepas solat dan berdoa ringkas,aku terus mendapatkan pemuda tadi dan bertanyakan kenapa dia berkelakuan sedemikian tadi? Jawapannya cukup mudah...

"Aku terlupa bawa duit tadi,puas aku cari kat poket baju dan lipatan kain aku tapi takde...Apa yang aku boleh buat,aku senyum sahajalah pada tabung tu,senyum kan sedekah jugak..." jawapnya selamber. Aku cuma mampu tersenyum sinis dan berjabat tangan sebelum terus pulang.

Pengajaran dari cerita : Korang pikir dan renung-renungkan lah sendiri...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...