Sunday, June 26, 2011

Komen Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Tentang Lawak Sepah Maharaja Lawak

Isu ini macam kes filem KL Gangster pulak aku tengok tapi yang ini lebih cool sikit. Aku dah agak, akan timbul isu tidak puas hati masyarakat tentang lawak Sepah mengenai gurauan rancangan Semanis Kurma yang di adaptasi menjadi Manisnya Kurma Ini versi Sepah pada Minggu ke 12 hingga ke final. Ramai orang mempertikaikan lawak yang dibuat seolah-olah menghina Agama kerana rancangan Semanis Kurma berintipatikan keIslaman.

Cuba kita tengok dulu apa dialog yang kumpulan Sepah gunakan semasa persembahan. Bagi aku,dalam dialognya langsung tidak menghina isu Agama tetapi memberi nasihat dari aspek karekter Sepah sendiri. Lawaknya adalah mereka menggunakan elemen siri rancangan Semanis Kurma sebagai strory boardnya. Jika kita berfikir secara positif, dari orang tak kenal siri Semanis Kurma, orang akan sentiasa mengikuti siri ini kelak kerana pengisian siri ini yang memang sangat baik.

Apa komen ustazah sendiri tentang isu ini? Kita takut kita sahaja yang lebih-lebih mengutuk dan mencaci sedangkan tuan empunya diri menerima dengan perasaan terbuka dan berfikir secara positif. Berikut komen ustazah mengenai perkara ini di Facebook nya :



Aku respek pada ustazah dan suaminya. Semoga kita dapat menerimanya juga dan aku percaya, Sepah juga tidak berniat nak mengecilkan hati sesiapa dan aku percaya, mereka tak akan sampai nak buat press conference macam apa yang berlaku dari filem KL Gangster. Mari support siri Semanis Kurma!


LinkSumber Gambar : Relekslah.com





3 comments:

* Rosita * said...

betul2..sy rasa ustazah mkin ada TERASA skit tp dia bfikiran pasitif..tak mcm org2 yg terus nak tuduh macam2 dan pandang dr sudut yg negatif...pastinya SEPAH ada tgok rncangan ustazah tu utk mncari idea sambil mereka mdengar ceramah...Tuan punya badan pun tak komplen..org lain plak yg sibuk2...

* Rosita * said...

ustazah tu sndri kata jauhi bsangka buruk...

Amz CamPro said...

btul tu zaleta...dapat pahala dah bila bersangka baik kat org ni,hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...