Wednesday, June 29, 2011

Manchester United : Persamaan Van de Sar dan David De Gea

Kepada peminat MU,aku tak pasti korang suka atau tak dengan bakal pengganti penjaga gol mereka iaitu David De Gea ini. Aku minat tengok mamat ini sebab susuk tubuh dan gayanya tak ubah macam penjaga gol kesayangan MU sekarang iaitu Van Der Sar. Aku tak ulas banyak tentang mereka tetapi cukup sekadar gambar-gambar yang menunjukkan keserupaan mereka berdua berserta sedikit profile mereka. De Gea boleh jadi pengganti yang sesuai untuk Van der Sar pada pandangan aku. Umur pun muda lagi. Layankan profile dan gaya-gaya mereka yang hampir sama :


PROFILE




GAYA-GAYA MEREKA :

David De Gea

Van der Sar


David De Gea

Van der Sar

David De Gea

Van der Sar








Berikut pula petikan akhbar Utusan Malaysia mengenai perpindahan De Gea yang dijangkakan menjadi kenyataan dalam masa terdekat :

MADRID - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina yakin rakan senegaranya, David De Gea yang bakal disahkan sebagai pemain Manchester United dalam tempoh terdekat, mampu membuat impak segera dalam kancah Liga Perdana England.

Penjaga gol muda, De Gea semakin menghampiri perpindahan bernilai 18 juta pound (RM90 juta) ke Old Trafford dari Atletico Madrid, selepas dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Carrington, kelmarin.

Meskipun masih cetek pengalaman kerana beraksi pada tahap tertinggi kurang dari dua tahun, Reina menjangkakan De Gea akan menjadi bintang segera di England dan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Edwin Van der Sar.

"Saya sangat mengalu-alukan berita ini kerana David seorang penjaga gol yang hebat. Apabila secara rasmi dia mula beraksi dalam Liga Perdana, dia akan membuktikan betapa dia seorang yang memang bagus," ujar Reina.

Penghijrahan De Gea secara tidak langsung mengaitkan kemungkinan Reina kembali ke La Liga, menggantikan De Gea di Atletico, pasukan yang menyaksikan bapanya, Miguel menjadi legenda.

Sebelum ini, Miguel mendakwa Reina berhasrat menyarung jersi Atletico, namun bintang Liverpool itu menegaskan dia tidak merancang pulang ke Sepanyol buat masa ini. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...