Wednesday, June 15, 2011

"LU BENAM" Kata Skuad Lubnan Pada Skuad Bola Sepak Malaysia


Malaysia kalah lagi. Apa nak jadi dengan skuad olimpik Malaysia pimpinan Ong Kim Swee ni? Sebelum ini kalah dengan olimpik Kemboja 0-1, kelmarin kalah pulak dengan Olimpik Qatar 0-4. Perlawanan persahabatan memang bukan perlawanan utama tetapi ia sebenarnya menjadi titik tolak kepada perlawanan sebenar. Di akhbar Berita Harian dan Metro hari ini menunjukkan yang jurulatih negara kita sedikit pun tidak menunjukkan perasaan panik malah cool dalam menerima keputusan ini.

Petikan dari akhbar Harian Metro :

“Saya tak panik, kalau mahu nilai pemain biarlah berdasarkan keputusan dengan Lubnan dan bukannya mengambil kira keputusan dalam perlawanan persahabatan. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya apabila kita layak atau tidak selepas pertemuan dengan Lubnan. “Bagi peminat, kekalahan ini pastinya akan memberi gambaran buruk kepada mereka, tapi bagi saya, ini pengajaran cukup baik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pemain,” katanya yang dihubungi di Doha semalam."

“Kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tapi Qatar bertahan dengan baik. Qatar sememangnya berada dalam kelas berlainan berbanding kita tapi itu bukan satu alasan. “Strategi kita terjejas selepas Qatar menjaringkan gol awal. Pemain sepatutnya fokus sebaik permainan bermula,” kata Kim Swee."

Petikan dari akhbar Berita Harian :


“Inilah hakikat yang perlu kita terima apabila berdepan pasukan handal seperti Qatar,” kata ketua jurulatih itu yang memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utamanya. “Amat rugi jika pemain kita cedera pada perlawanan ini kerana misi utama ialah menentang Lubnan pada 19 Jun nanti.”


“Saya ibaratkan pemain ini seperti bom jangka, dalam sekelip mata mereka boleh meletup dan mempamerkan permainan cemerlang, tetapi pada masa sama juga mampu menjadi duri dalam daging kepada pasukan apabila melakukan kesilapan. Saya harap dua kekalahan ini akan menjadi pengajaran terbaik buat mereka.”

Alasan begini sudah lali bagi kita. Sepatutnya mereka menggunakan perlawanan yang ada ini sebagai pemangkin semangat. Jika benar pun pemain yang main pada perlawanan persahabatan ini bukan pemain utama,tak kan pemain berstatus simpanan kita ini langsung tidak setaraf dengan pemain utama? Ini sepatutnya yang dipikirkan pihak pengurusan. Meletakkan pemain kedua dan pertama sama handal supaya dapat mengimbangi pasukan sedia ada.

Ters terang aku cakap, Ong Kim Swee tidak menampakkan seorang jurulatih atau pengurus pasukan yang penuh taktikal dalam mencorakkan permaiinan berbanding cara pemikiran dan taktikal yang ditunjukkan Datuk K.Rajagobal. Setakat yang aku perhatikan, mereka masih kurang teknik berkaitan taktikal perlawanan selain pemain yang tidak banyak pilihan dalam menggalas cabara skuad negara.

Aku cabar mereka buktikan mereka mampu menang dengan skuad Lubnan di tempat lawan dan tempat sendiri untuk layak ke pusinagn seterusnya atau pun anda semua akan layak digelarkan HAMPAS. Pastikan ayat di bawah tidak dipukul canang di blog aku selepas perlawanan mereka dengan Lubnan nanti.

Lubnan kata : " LU-BENAM MALAYSIA "





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...