Kenapa aku berkata demikian? Mudah sahaja,kerana tindakan pemimpin yang dikatakan bijak sebenarnya semakin menampakkan kelemahan dalam erti kata menjadi seorang khalifah dimuka bumi ini. Isu ini terlalu banyak diperkatakan,sebelum dari PRU di Sarawak dan kemudian selepas PRU di Sarawak. Sedarkah mereka bahawa mereka sebenarnya telah tewas? Mengikut fakta yang ringkas,kekalahan kerajaan pimpinan warga emas Taib Mahmud itu dikawasan bandar sebenarnya menunjukkan tanda yang sangat jelas terhadap kepimpinan yang semakin parah di bawah Taib. Belum pun rasmi mereka menang secara keseluruhan, terkejar-kejar mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Mana janjinya mahu mengundur diri jika menang? Aku percaya,jika PRU ke-13 dimulakan dalam tahun ini atau mungkin masa-masa mendatang, kerajaan sedia ada sekarang akan kecundang dengan pemberontakan secara halus rakayat Malaysia.
Berbalik kepada kisah di negeri Pahang,negeri kelahiran pemimpin tertinggi negara sekarang. Terkenal dengan kehijauan dan keindahan panorama dan sosio pelancongan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Walaupun hakikatnya, pembangunan di negeri ini sangat lembap dan perlahan. Sudah hampir 14 tahun aku bermastautin dinegeri ini dan kekecewaan sebagai rakyat negeri ini semakin hari semakin membuak-buak. Aku ambil sahaja contoh aspek pendidikan yang ada di negeri ini, seperti di luah mati emak ditelan mati bapak. Tidak tahu kemana arah tujunya. Pembangunan yang tidak seimbang di antara material dan pembangunan modal insan yang semakin di mamah kebodohan kepimpinannya. Mananya pembangunan yang memberi keuntungan pada rakyat walhal rakyat menangung bebab sara hidup seolah-olah berada di negeri yang jauh lebih maju? Dengan harga makanan yang melampau walhal duduk disepanjang pesisir pantai Laut China Selatan? Itu baru Kuantan,belum lagi ke daerah lain di Pahang.
Itu belum lagi isu moral dan kejatuhan akhlak rakyat beragama Islam di sini. Majoriti negeri di Malaysia turut mengalami masalah yang sama selagi kita tidak sedar perkara yang sebenarnya terjadi. Dalam tahun ini ini sahaja pelbagai perkara mengejutkan rakyat negeri ini yang aku rasa sebenarnya dah lama berlaku Cuma semakin jelas dan terang kesilapannya antaranya :
Isu pendidikan yang suram di negeri Pahang.
Sebagai contoh, Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah antara universiti yang mungkin boleh dikategorikan universiti yang menduduki ranking terbawah dalam pembangunan dan transformasi Kolej Universiti suatu ketika dahulu sebelum di niaktaraf menjadi universiti. Keadaan yang tidak konsisten dan pembangunan yang tidak strategik menjadi punca kelemahan ini. Renungkan masalah Kampus Gambang dan Kampus Pekan yang terjadi sekarang. Selain itu, ini sahajakah institusi pendidikan tinggi yang dibanggakan rakyat Pahang? Mana yang lain? Tahniah Kolej Universiti Shahputra atas naiktaraf mereka menjadi Kolej Universiti. Dengan berkat usaha mereka terus kehadapan.Tetapi apa pula yang terjadi dengan Kolej Antarabangsa IKIP anak syarikat Yayasan Pahang di bawah naungan Menteri Besar? Sejak 1992, ia masih ditakuk lama walhal ia sebenarnya boleh menjadi wadah kepada pembanguna modal insan negeri ini.
Isu Agama dan Sosial Rakyat
Kita dikejutkan dengan program dan majlis ala-alam Miss Universe 2010 tetapi dianjurkan sempena untuk manusia yang tidak tahu identitinya di muka bumi ini. Bagaimana majlis seperti itu boleh mendapat kelulusan yang mudah untuk dijalankan? Tersentak aku sebab jawapan yang diberikan penganjur mengatakan kenapa ia dijalankan di Pahang adalah kerana negeri ini masih lagi kabur dalam undang-undang Islamnya. Adakah pejabat-pejabat agama di negeri ini hanya mengerjakan pungutan zakat, menangkap khalwat dan minum arak tetapi kemudian dilepaskan atau hanya melibatkan hal-hal berkaitan rumahtangga sahaja? Renung-renungkan.
Isu pembangunan Lynas yang menafikan kita semakin khalifah Allah
Akan mula beroperasi September 2011
Isu ini sepatutnya diselesaikan dengan bijak. Kita semua sedia maklum bahawa nuklear,radioaktif dan perkara seangkatan dengannya sepatutnya dijaga dan dititikberatkan. Walaupun projek ini menghasilkan kesan radiasi yang kecil dan memberi pulangan janaan ekonomi bagi negara,sensitiviti dan ketakutan rakyat tentang perkara berkaitan radiasi ini memang tidak boleh dielak. Kejadian yang berlaku di Jepun menjadi permulaan pemberontakan ini dan kisah-kisah terdahulu seperti di Chernobyl dan Bukit Merah sentiasa mengndang ketakutan kepada rakyat. Kita sepatutnya menjaga alam ini sebaik-baiknya dan jika ingin membangunkannya sekalipun, sepatutnya bukan melibatkan risiko masyarakat setempat. Isu ini semakin di tokok tambah dan dihangatkan oleh pihak yang mungkin menangguk di air yang keroh,maka tidak mustahil ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran rakyat dan boleh menggoyahkan kerajaan sedia ada.
Semoga ia menjadi iktibar dan renungan kita bersama. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sebelum ia terlambat dan merugikan masyarakat kita sendiri.
No comments:
Post a Comment