Friday, June 17, 2011

Mereka Baru Berdehem...Kalau Mereka Batuk?


Menurut pakar, penggodam laman-laman web di Malaysia ini baru sahaja ingin menguji kekuatan dan ketahanan kita mematahkan serangan siber mereka. Serangan yang mereka lakukan seolah-olah baru sahaja berdehem,belum lagi batuk. Berikut petikan pakar dari akhbar Berita harian :

Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.


“Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.


“Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.


Apa yang perlu kita buat? Seperti pada entri sebelum ini,aku jangkakan kalau kita gagal berbuat sesuatu, mereka mungkin bertindak lebih kejam dan serius. Mereka baru sahaja berdehem, kita mengambil masa 2 hari untuk membaiki semula.Itu pun mereka baru mencuit interface nya sahaja. Jika mereka mencuit jauh ke dalam, apa pula akan terjadi? Aku setuju sangat kata TPM kita semalam, (macam dia mengulas apa aku cakap pulak,heheh),yerlah aku risau tang bila dia dapat hack maklumat atau data-data yang lebih penting.Bersiap-sedia lebih kuatlah maksud beliau.

SKMM tidak boleh goyang kaki. Menteri yang bertanggungjawab perlu jadikan kejadian peperangan alam siber ini sebagai KPI kepada beliau untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik selain isu ASTRO nak naik harga. Kalau berjaya, aku tabik!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...