Thursday, June 9, 2011

Kelahiran Bayi : Perkara Disyariatkan Dalam Islam


Alhamdulillah...syukur ke hadratnya.Insan yang di tunggu-tunggu telah lahir ke dunia ini dengan selamat. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, apa yang perlu dilakukan untuk menyambut orang baru dalam hidup kita ini? Maklumlah,gembira tak terhingga sampai kadang-kadang terlupa apa yang perlu dibuat. Disini aku berikan sedikit tips kepada bakal-bakal ibu dan ayah yang akan menerima orang baru dalam hidup mereka.Semoga mendapat manfaat bersama.

Berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan pada awal kelahiran bayi :


AZAN DAN IQAMAT

Islam mensyariatkan agar azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. Mengikut hadis Rasullullah SAW seperti diriwayatkan oleh Abu Rafi' yang bermaksud :

Abu Rafi' berkata : "Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hassan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah"

Rahsia Azan dan Iqamat menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah :
  • Kalimah-kalimah memuji kebesaran Allah yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  • Satu pernyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

TAHNIK

Ada unjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik. Tahnik itu dilakukan dengan cara membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar/kurma telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Isi buah tamar/kurma yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Dilakukan sehingga tamar/kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.

Diriwayatkan daripada Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubeir di Mekah.Selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan, beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu diletakkan di atas ribaan Baginda. Baginda selepas iti berdoa dan mengunyahkan sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah.

Hikmah bertahnik adalah :
  • Menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.
Jika sukar mendapatkan kurma,boleh digantikan dengan manisan lain seperti madu dan gula.


MEMBERIKAN NAMA YANG BAIK

Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan dalam Islam. pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang muslim.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...