Tuesday, June 7, 2011

Tarif Baru Elektrik : Analisis Kesannya dan Beban Menggila!

Bos besar TNB tidak dapat menyembunyikan kesedihan akibat kenaikan tarif baru ini



Kita semua sedia maklum tentang kenaikan tarif elektrik baru yang diumumkan oleh kerajaan 1 Jun 2011 baru-baru ini. Berikut adalah tarif elektrik yang telah berkuatkuasa dijalankan di Malaysia. Semoga ia menjadikan kita manusia lebih berhemah dalam menggunakan tenaga elektrik ini. Gunakannya dibawah 300kWj. InsyaAllah anda tidak akan rasa bebannya.


Tarif baru elektrik di Malaysia


Berikut pula adalah analisis kesan kenaikan tarif elektrik baru di Malaysia yang dikatakan 4.4 juta rakyat tidak merasa beban kenaikan ini. Cuba kita fahamkan carta dibawah. Agak mudah perkiraanya tapi hakikatnya adakah begitu? Kita cuma hanya boleh tafsirkannya daripada bil elektrik yang akan kita terima kelak.


Analisis Mudah


Disini saya ingin kongsikan sedikit luahan hati seseorang yang saya hormati yang pernah mengajar saya erti kehidupan dalam tempoh yang singkat tapi cukup mendalam melalui syarahannya dan juga blognya. Ikuti petikan pernyataan ringkas dari beliau :


"Semalam terkejut besar saya. Kejutan paling besar pernah saya hadapai dalam hidup yang mencecah 65 tahun. Bil ekeltrik saya RM356.00. Bilnya panjang berjela. Selalunya antara 130 hingga 170 sahaja. Kali ini dua kali ganda. Walaupun kadarnya dikatakan hanya beberapa peratus tetapi itu dari segi formula. Realitinya saya rasa ramai orang yang terkejut. Selepas ini barang-barang pasti menancap naik dengan gilanya. Giler kata orang sekarang. Sudahlah minyak naik, elektrik pula naik. Hati kecil saya membentak. Cukuplah setakat ini. Enough is enough. Kita bukan perlukan kegilaan. Kita perlukan kehidupan yang lebih selesa. Itupun matlamat kita merdeka dahulu. Memebebaskan dari banyak belenggu. Bukan semakin dibelenggu. Nikmat hidup yang semakin mahal."


Itulah luahan seorang yang telah lama menjalani kehidupan di bumi bertuah ini. Bagaimana pula dengan orang lain yang masih mahu merangkak mengenal kehidupan ini? Mereka yang diatas telah mewah dengan kekayaan dan pangkat dan cukup mudah menjalankan apa yang mereka mahukan kerana mereka tidak merasai bebanan ini tetapi rakyat yang hidup sekadar adanya merasai bebanan yang tak tertanggung azabnya. Hanya Allah yang mengetahui dan membalasnya.

p/s : Blog Tuan Haji Md Yusof untuk luahan seterusnya boleh klik disini.






1 comment:

Anonymous said...

teruskan usaha dengan kupasan isu semasa..chaiyok2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...