SEMUA stadium bola sepak di negara ini kecuali...........masih belum sesuai digunakan sebagai venue perlawanan pada peringkat antarabangsa.
Ini kerana ia tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Kecuali dua stadium itu, yang lain masih tidak menepati piawaian FIFA dan AFC untuk diadakan perlawanan pada peringkat antarabangsa dan disebabkan itu, FAM merasakan perlunya persatuan negeri dengan kerjasama kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium yang ada" KATA SETIAUSAHA AGUNG FAM
Stadium Nasional Bukit Jalil. Berkapasiti 100,000 orang dalam satu masa. Mula digunakan pada tahun 1998 untuk Sukan Komanwel. Maksudnya dah 13 tahun stadium ini berdiri megah untuk perlawanan antarabangsa.
Stadium Shah Alam. Berkapasiti 70,000 orang dalam satu masa. Mula dibina dan digunakan pada tahun 1994. Ini bermakna, sudah 17 tahun stadium ini berjasa.
Mana stadium yang lain? Aku rasa terlalu banyak stadium baru dibina tapi takkan satu pun tidak melepasi taraf piawaian FIFA? Sebagai contoh aku senaraikan stadium yang sepatutnya turut mendapat pengiktirafan sebab ia sama taraf dengan pembinaan stadium baru iaitu :
- Stadium Negeri di Pulau Pinang
- Stadium Hang Jebat di Melaka
- Stadium Sarawak di Petrajaya
- Stadium MPPJ di Petaling Jaya
- Stadium KLFA di Kuala Lumpur.
Aku tak dapat nak bagi jawapan,kita kena tanya pihak FIFA dan siasat di mana silapnya. FAM sepatutnya pakar dan tahu perkara ini dan memberi nasihat sebelum ia digunakan agar bertaraf FIFA. Aku rasa,tak perlu stadium yang besar-besar,cukup sekadar kemudahan yang ada bertaraf duni seperti bilip persalinan, sistem elektronik, bilik pusat media dan yang paling penting adalah kualiti padangnya. Kualiti padang termasuk rumputnya, sistem salirannya dan keselamatannya. Besar tapi tidak berkualiti, ianya menjadi sia-sia. Isu padang memang tak pernah selesai, tak kan duit buat padang pun nak 'makan'? Jadi lembu lah kalau macam tu.
- Maklumat stadium di Malaysia (klik sini)
2 comments:
mcmne nk mncapai piawaian..sparuh cost p'binaan dh msk dlm dt poket sndiri..hehehehe
itulah pasal,saje suh org mikir,hahaha
Post a Comment