Thursday, June 23, 2011

Transformers 3 Vs Sekali lagi : Sekali Lagi Akan Kecundang!

Ibarat langit dan bumi perbandingan filem yang aku buat disini.Dari segi bidangnya pun dah berbeza, satu filem action thriller dan satu romantik komedi. Satu terbitan Hollywood dan satu lagi terbitan Mollywood. Kenapa aku buat perbandingan ini adalah lebih kepada persaingan yang akan diterima oleh filem Melayu berjudul Sekali Lagi ini. Ini kerana tarikh tayangannya memang dekat dan boleh membawa maut! Transformers akan mula ditayangkan pada 29 Jun manakala Sekali Lagi pada 30 Jun. Walaupun pelakonnya adalah pemenang Anugerah Bintang Popular 2010, aku rasa mereka akan kalah dalam pertarungan ini.

Berikut aku berikan sinopsis dan trailer kedua-dua filem ini :



Sinopsis Filem Sekali Lagi :

Aman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.

Trailer Filem Sekali Lagi :





Sinopsis Filem Transformers 3 :


Segalanya bermula di bulan pada ketika Apollo III mendarat di sana. Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Transformers 3 Dark of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sam Witwicky dan kawan robotnya diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Terdapat beberapa karakter baru termasuk karekter jahat dalam bentuk Shockwave. Serius nampak gempak robot ni. Karekter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.

Trailer Filem Transformers :






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...