Kepada yang memakai kenderaan-kenderaan yang mahal atau memang memerlukan minyak yang berkualiti atau gatal-gatal memang nak jadi orang kaya pakai minyak RON 97, hari ini anda boleh bersyukur kerana minyak RON 97 turun 10 sen menjadikan harga baru dipasaran adalah RM2.80/liter daripada RM2.90/liter berkuatkuasa 16 Jun 2011.
Ini berikutan harga pasaran minyak dunia berada dalam keadaan stabil di bawah $100/tong dalam temph sebulan ini. Ini juga mungkin keuntungan PETRONAS yang mencanak-canak baru-baru ini menyebabkan mereka yang memakai kenderaan mewah ingin menikmati keuntungan itu bersama. Makanya,bila pulak harga minyak RON 95 akan turun? Dapat turun 5 sen pun jadilah.Di harapkan ia menjadi kenyataan.Kepada pengguna RON 97, anda patut bersyukur.
No comments:
Post a Comment