Wednesday, June 8, 2011

Keuntungan PETRONAS Meningkat,Bonus Pekerjanya Mungkin Berlipat Ganda Tapi Rakyat Terseksa...


KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

"Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

A
AmzCampro berkata :

Fuhh...menangis aku dengar dan tengok tentang keuntungan yang diperolehi Petronas. Jeles pun ada sebab tak kerja dengan dieorang sebab bonus konfem tak ingat dunia...hahaha...Keuntungan mencecah beratus bilion ringgit secara kasar dan bersih dalam RM60 bilion aku rasa sudah cukup untuk melegakan dan membanggakan negara tetapi hakikatnya keuntungan dan kenikmatan itu tidak dapat dinikmati bersama. Mana taknya,dapat minyak 'murah' pun jenis RON95,murah pun RM1.90.Itu pun se'eh nak bagi kita merasa keselesaan hidup ini.

Mungkin kita jahil tentang perkara ini tetapi kadang-kadang terasa memang diperbodohkan pun ada. Mana taknya,bos besar Petronas tergamak pulak bercakap yang seolah-olah tak ade ape-ape yang berlaku. Ikuti petikan kata-kata mengguris hati beliau diterjemahkan seperti berikut :

  • Presiden yang juga Ketua Pegawai Operasi Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, ia dijana oleh harga minyak yang tinggi dan jumlah jualan yang banyak.
  • Didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.
Maksudnya,keuntungan mereka atas sebab kita bayar harga minyak yang tinggi pada Petronas? Arghh...tension pulak kalau buat pemahaman sendiri macam tu.Entahlah,kita yang kerdil ini hanya mampu berserah dan mengharapkan yang terbaik. Belum reda isu kenaikan tarif elektrik,kenaikan harga barangan pula sudah mula menampakkan putiknya.Tup-tup timbul pula isu keuntungan yang tinggi oleh Petronas dikala harga minyak RM1.90 RON 95 ini seolah-olah telur dihujung tanduk. Fuhh...tak taulah akan yang akan jadi lepas ini.






2 comments:

pendetaumum said...

bro.. aku rasa baik ko pikir elok2 dulu sblm post anything yg bullshit. PETRONAS adalah syarikat swasta yg dimiliki penuh oleh kerajaan. namun ini tak bermaksud segala keuntungan PETRONAS harus disalurkan kepada kerajaan. kalau 100% bg ke kerajaan, camne nak develop new oil field? ko 1 oil field sama mahal dgn harga banglo kat bukit beruntung ke? dan ko rasa PETRONAS ke yg tetapkan harga minyak kat Malaysia ni? PETRONAS mmg akui harga minyak memang tinggi. Tapi sape yg buat bodoh kata harga petrol kita masih terendah dalam Asia Tenggara? kau tanya la Najib woi. aku rasa kalau PETRONAS bankrup, dah lama Malaysia jadi cam Nigeria.

Anonymous said...

Ni sorang lg yg bodoh, yg tetapkn harga minyak tu kerajaan a.k.a NAJIB n sekutu2nya xde kene mengena ngn petronas.yg ko pegi pangkah dacing watpe, endure the pain la wei

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...