Tuesday, June 28, 2011

Betulkah Kos Lawatan PM & TPM Serta Isteri Masing-masing Sebegini Rupa?


Aku tak pasti betul atau tidak fakta ini kerana ia masih lagi tidak jelas dan boleh dimanipulasikan.Memang agak melampau jika kita lihat kos ini kerana dipihak rakyat, kita diminta berhemah dalam pelbagai aspek, dari aspek makanan, kehidupan dan kehendak hidup tetapi jika ini berlaku pada pemimpin yang tidak melihatkan tauladan,ia sediki sebanyak boleh mengecewakan hati ramai rakyat yang berkesempitan untuk hidup di bumi bertuah ini.

Walaubagaimanapun, ia sepatutnya dijelaskan oleh pihak kerajaan,bagaimana kos ini diperolehi. Aku cuba bagi pandangan yang jelas supaya ia tidak mengelirukan kita :

  • Kos ini merangkumi apa? Adakah kos mereka berdua atau melibatkan keseluruhan deligasi lawatan yang terdiri daripada menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang terlibat?Kalau macam itu, ia biasa bagi kos deligasi.
  • Adakah kos ini mengikut dan melibatkan bajet yang dipersetujui dalam parlimen kerajaan? Maksud aku, dengan bajet sedemikian rupa, apakah faedah dan pelaburan yang boleh diperolehi? Erti kata lain, berbaloikah kos itu. Jika perlaburan berbilion ringgit yang berjaya dimasukkan ke bumi Malaysia, ia boleh diangap berbaloi dengan tugas sebagai seorang marketing negara.
  • Adakah kos yang diberikan ini melibatkan perbelanjaan peribadi sendiri PM, TPM dan keluarganya? Itu dia punya hal lah kan.Jangan masuk dalam kos dikeluarkan kerajaan,betul tak?

Kerajaan perlu jelaskan perkara ini lebih detail dan jelas. kalau betul ia melibatkan perbelanjaan tidak berhemah, ia perlu di ubah dan mengaku kesalahan. Rakyat akan menilai dengan mudah tanpa berfikir panjang. Buatlah sesuatu.





2 comments:

Cheguman said...

Secara umum, saya setuju dengan pandangan tuan.

Apabila PM keluar negara, beliau bersama deligasi khas. Itu semua perlukan kos.

Selain itu, kita pun taknak lah PM dan isterinya tidur di hotel cokia dan makan kat warung tepi longkang.

Sesekali, biarlah PM & isteri berbelanja setelah penat mentadbir negara.

Cuba tanya diri sendiri, adakah kita tidak berbelanja lebih jika berkursus di Langkawi, KL, dll?

Adakah tuntutan perjalanan kita cukup2 setakat duit isi minyak dan bayar tol? Tidakkah kita dibenarkan claim lebih daripada perbelanjaan sebenar?

Tuntutan lebih itu adalah wajar sebab kos tayar, selian kenderaan, penat dalam perjalanan, rehat dsb.

Hanya orang yang berhasad dengki sahaja yg suka melihat secara negatif.

Fakta di atas amat mudah dimanipulasi bagi menipu rakyat. Dengan sedikit perencah emosi, rakyat dengan mudah diajak membenci PM.

Amz CamPro said...

betul tu...kite kena tgk konteks lebih luas...klu setakat bg data dan fakta tnpa perincian,ini boleh menimbulkan syak pd org dan ia akan jd maina politik pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...