Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa Dari Kaca Mata Amz CamPro


Apa-apa pun,aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa seluruh Malaysia. Bapa yang aku maksudkan hanyalah bapa-bapa yang sah di sisiNya sahaja iaitu bapa-bapa yang mempunyai anak kandung,anak tiri. Anak angkat tak berapa sesuai tapi kalau niat betul kire boleh sambutlah....hahaha...bapa-bapa ayam,bapa-bapa gangster,bapa-bapa hampeh,bapa-bapa yang lahabau,anda tak layak sambut.Jangan marah,itu hakikat.

Hari Bapa yang kedua aku sambut hari ini kepada anak bujang sulungku. Sekejap jer masa berlalu. Kita selalu disogokkan dengan kasih sayang bapa terhadap anak-anak,pengorbanan bapa terhadap keluarga dan sewaktu dengannya tapi aku nak tambah sikit disini,kepada bapa-bapa elakkanlah mencontohi artis kebanggaan 'lelaki' sekarang iaitu SALLEH YAKOB. Bagi aku ia bukan satu contoh yang baik,nampak banyak yang retorik dari hakikat. Contoh diberikan Rasullullah SAW cukup sempurna dan sukar untuk kita insan biasa mengikutnya. Cukuplah sekadar satu. Inilah punca segala keretakan institusi kekeluargaan sekarang.

Bagi aku,pentingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Tak guna kita bercakap keadilan dalam rumahtangga tapi hakikatnya KUALITI diabaikan. Hati perempuan mana tak sedih dan sebak berkongsi kasih. Jangan ketika ingin menambah cawangan,hadis-hadis,ayat-ayat suci menjadi bukti kasih sayang. Diketika kita bingung memikirkan bagaimana anak-anak ini akan membesar dengan cabaran dunia,kita sibuk memikirkan KUANTITI.

Kepada bapa-bapa sekalian,aku bercerita ini sebab aku mengalaminya dan aku dapat merasainya. Marilah kita berjanji dalam diri kita untuk jadi bapa yang berKUALITI. Sentiasa mengingatkan diri tentang tanggungjawab yang sangat berat dan diperlukan dalam institusi kekeluargaan. Aku teringat kisah cerita lakonan Will Smith dan anaknya dalam filem The Pursuit of Happyness. Cukup meninggalkan kesan pada diri aku.Pengorbanannya mampu mengalirkan air mata dek mengejar KUALITI hidup.

Kepada ayahku dan ayah mertuaku,aku ucapkan:

SELAMAT HARI BAPA 2011





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...