Saturday, June 25, 2011

Malaysia Pasukan 12 Terbaik Asia Untuk Ke Sukan Olimpik 2012


Tahniahsekali lagi kepada skuad olimpik Malaysia pimpinan Ong Kim Swee kerana berjaya mara ke pusingan ketiga peringkat kumpulan sekaligus menjadi pasukan terbaik dan wakil tunggal Asia Tenggara serta tergolong 12 pasukan terbaik Asia bersama Jepun, Korea Selatan, UAE, Syria, Oman, Australia, Iraq, Arab Saudi, Uzbekistan,Qatar dan Bahrain.

Kita akan bersaing dalam peringkat kumpulan di mana 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan ( 3 pasukan teratas) akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London. Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri sekali lagi sebelum bertemu pula dengan lawan dari Zon Afrika untuk merebut satu slot playoff.

Pada 7 Julai ini di AFC, Kuala Lumpur,undian kumpulan dan sekaligus mengetahui siapa lawan kita kelak akan terjawab. Dalam temph yang ada, skuad ini perlu memantapkan lagi apa kekurangan yang ada bagi mengembalikan zaman kegemilangan yang terlalu lama ingin dikecapi rakyat Malaysia.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...