Sunday, June 26, 2011

Kerana BERSIH 2.0, Yang Dipertuan Agong Tidak Dapat Turun ke UTHM Pada 9 Julai 2011 Ini?

Justify Full

Kita semua sudah maklum, pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di KL bagi 'memperjuangkan' isi hati mereka yang tak pernah puas dan bersyukur. Bukan itu yang aku nak bincangkan tetapi dalam tarikh dam masa yang sama, satu majlis besar yang akan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan berlangsung iaitu Majlis Pertauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Kali ke-30 (klik sini).




Majlis Penganugerahan ini lebih baik dari perhimpunan BERSIH 2.0. Dua yang majlis berbeza fahaman dan objektif. Satu majlis yang mahu keadilan tapi dengan cara memporak perandakan suasana sekitar seolah-olah menjadi pengganas di negara sendiri dan satu majlis lagi ingin menganugerahkan pembela bangsa dan negara kepada anak muda supaya sayangkan negaranya.

Aku terdengar perkhabaran, betul atau tidak tak tahulah tapi berkemungkinan, Yang Dipertuan Agong tidak akan mencemar duli untuk menyampai dan merasmikan majlis penganugerahan ini dek kerana perhimpunan BERSIH 2.0 yang mungkin mengancam keselamatan negara secara umumnya. kalau betul perkara ini berlaku,aku kecewa.Majlis seperti ini sangat ditunggu-tunggu masyarakat Parit Raja umumnya dan UTHM khasnya.

Kenapa jadi begitu? Ia melibatkan protokol dan keselamatan negara kerana kuasa pemerintahan mungkin akan bertumpu ke Parit Raja,Johor dan dalam masa yang sama,perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung di KL dirisaukan akan menjadi teruk ala-ala di Timur Tengah jika kerajaan tidak mengambil langkah sewajarnya. Bendunglah perhimpunan ini dari terjadi. Tolonglah kami yang sayangkan kedamaian dari cara pemberontakan seperti ini.

Ya Allah, lindungi negaraku ini dari mara bahaya. Pemimpin sedia ada kena bertindak terhadap penganjur perhimpuan BERSIH 2.0 ini.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...