Friday, June 10, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke-11 Gamatkan Kuantan!

Fuhh...Maharaja lawak betul-betul gamatkan Kuantan. mana taknya,2 3 hari ini dah mula sesak jalan-jalan di Kuantan ni lebih-lebih lagi kawasan Dewan Jubli Perak yang akan berlangsungnya pementasan Maharaja Lawak minggu ke-11 ini. Ia dimulakan dengan kesesakan untuk mendapatkan pas masuk percuma oleh pihak Astro dan kemuncaknya mula dirasai tatkala aku ingin masuk kerja jam 3.00 petang tadi sebab kesesakan dah mula melebarkan pengaruhnya...hahaha...nampaknya memang tak boleh keluar ke bandar lah malam ni...



Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah,Kuantan (dalam)



Aku percaya,bukan orang Kuantan sahaja yang terkejar-kejar tapi orang Terengganu dan Kelantan atau mungkin Siam turut sama turun atau mungkin dari Kuala Lumpur pun ada.Bagi siapa yang ada Astro Warna boleh tengok live lah malam ni tapi yang takde,korang tengak Youtube jer selang sehari pas kejadian.


Dewan Jubli Perak,Sultan Hj Ahmad Shah,Kuantan (luar)


Aku? Konfem tak nak carik penyakit pi tengok live di tempat kejadian sebab aku tau kesannya nanti.Dengan tempat letak kereta yang limited dan terlalu crowded dan belum lagi kesesakan yang boleh buat aku balik rumah sejam selepas habis walaupun rumah aku sekangkang kera dari dewan. Tak sanggup aku. So aku tengok Youtube jer.

Kepada yang pergi tengok tu so selamat menghiburkan diri dan tabahkan hatilah kalau kesesakkan itu membolehkan anda semua mental. Ingat,jangan lupa solat Maghrib dulu...hahaha...Chaw...

p/s : Aku peminat setia Sepah...kahkahkah





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...