Monday, June 27, 2011

Alahai ASTRO : Tokey Besar dan Harga Baru Pakej ASTRO

Mangkuk kuali idaman ramai tapi cukup memeritkan

Bukan sahaja kita yang duk berdebat, mengomel dan membicarakan hal ASTRO nak naikkan harga, malah di PARLIMEN pun wakil-wakil rakyat duk berdebat hal ASTRO ini. Salah satu perkara yang aku tertarik pada perdebatan di parlimen baru-baru ini adalah kenapa tokei besar ASTRO ini ibarat diktator dalam menentukan harga ikut suka? Sebab si ASTRO ini tiada persaingan atau lebih dikenali sebagai syarikat yang MEMONOPOLI industri itu. Di sini aku nak kongsi dua benda pada kalian semua iaitu :

  • Siapa itu tokey besar ASTRO?
  • Berapa rate baru pakej ASTRO?

Aku akan ulas persoalan diatas dengan ringkas dan padat dan anda boleh buat persepsi sendiri mengapa dan kenapa ASTRO ini tak peduli kesusahan atau kepentingan pengguna tentang harga baru ini.


Siapa Tokey Besar ASTRO?


Profile ringkas tuan empunya ASTRO

Inilah tokey besar ASTRO. Bukan itu sahaja beliau merupakan tokey besar MAXIS dan BUMI ARMADA. Boleh bayangkan kekayaannya dengan profile diatas. Dah kayakan,tapi harga tetapi naik,sebab? Tengok rangking tahun 2010 dan 2011 yang baru,nampak penurunan? Maka harga kena naiklah.Mudah cerita.Kerajaan pun takleh buat apa-apa dengan orang terkaya Malaysia ini.


Berapa rate baru pakej ASTRO

Seterusnya kita tengok plak rate baru pakej ASTRO ni. Aku amik dalam website die,kalau tak nampak,korang search dalam website die tapi aku rase nampak dengan gambar yang aku masuk kan ni. Layan rate dibawah dengan penuh ketenangan :



Kita nak boikot tak? Setakat ini aku mampu boikot MAXIS dan anak-anaknya tapi untuk ASTRO aku tak tahu macam mana. Hanya satu jer cara, kerajaan mewujudkan stesen ala-ala ASTRO sendiri bagi memberi saingan kepada ASTRO. Kalau tak mereka akan tetap naik sampai bile-bile. Yang paling sakit untuk peminat sukan lah, pakej tang ini yang naik melambung,nampak gayanya tengok kat kedai mamak lagi berbaloi, tapi keluarga di rumah ape cerita? hmmm...tepuk dada tanya selera...

  • Kesah lain ASTRO : Cuba tiru stesen jiran kita Singapura (klik sini)





2 comments:

UpProfits said...

Boikot jer astro nih..

Aku dok JB, xkisah pun xder astro..channel singapore ada, indon ada..berbelas2 channel ada, xder astro pun xper..huhu

Amz CamPro said...

aku org johor tp dah duk kuantan,cmner lah...mmg bes johor,xde masalah pasal canel,hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...