Friday, July 1, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 : Imam Muda Hassan Juara!


Kemuncak Imam Muda malam ini akhirnya di menangi oleh anak muda atau Imam Muda dari Perak iaitu Hassan mengalah Imam Muda Nazrul. Juara Imam Muda musim kedua ini akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Manakala Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Alhamdulillah,bertambah lagi Imam-Imam Muda di malaysia ini. Semoga menjadi contoh dan pelapis kepada imam-imam yang lain.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...