Saturday, July 2, 2011

Padanlah Duit RM5 Polimer Baru Tu Teruk, Ada Orang Celaka Terlibat!

Duit ni jahanam sebab ade manusia jahanam terlibat

Kita selalu bercerita pasal duit RM5 baru ini masa mula-mula bertapak dalam poket dan wallet masing-masing. Selain duitnya yang cantik menggunakan teknologi polimer, rupanya ada satu lagi yang tak syok,duit ni cepat jahanam dan rosak! Mudah sangat koyak,pastu kena salotep pulak.Kadang-kadang kedai sampai tak terima. Koyaknya,rosaknya terlalu mudah tapi sekarang baru aku tahu kenapa jadi macam tu. Nak tau kenapa,baca artikel di bawah :

"KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005."


MOHAMAD DAUD didakwa menerima rasuah (kiri) dan Abdul Kayyum pemberinya (kanan)


Korang fahamkan artikel terbabit? Sebab ada 2 orang manusia celaka makan rasuah lah weh. Manusia macam ni memang patut tampar laju-laju pastu ikat kat pokok dengan letak kerengga. Pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor Bank Negara tu, makan benda haram lagi.Yang bagi tu dah memang bangang. Beria-ria kerajaan nak basmi RASUAH tapi manusia yang bergelar jerung ini yang celaka. Janganlah duk kejar ikan bilis jer,yang jerung ni sape nak jawab?

Manalah orang tak marah, bila dah pencen atau berhenti,baru nak tangkap dan buat kerja membanteras, itu belum lagi yang tak tahu,belum lagi manusia celaka bertaraf jerung lagi yang makan duit haram tu.Tak sempat tobat, mati eksiden,baru tau kat mane tempat kat akhirat nanti.

Sumber artikel : KOSMO





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...